Tuesday, 11 April 2017

Kisah kelahiran eddie garcia

Eddie genap setahun 7 April lepas. Kebetulan kisah kelahiran dia keluar kat facebook aku. So aku sharelah kat sini..sebelum tu,aku letak muka eddie siap-siap.







Kisah kelahiran baby

Sebelum aku lupa,aku taip siap-siap. Pasni nak pantang konon,tak nak main handphone. Setakat status ditulis,baby belum ada nama dan berat sebab nurse belum beritahu aku. 😓

7.4.2016

2.30 pagi - baru tidur sebab whatapps dengan asben. Sempat beritahu dia yang aku rasa lain macam.

7.00 pagi - bangun.jerang air untuk rissa mandi.start rasa sakit di abdomen. Minta tolong mil mandikan rissa.

7.30 pagi - contraction start 5 min sekali.tapi masih ikut asben hantar rissa sekolah.pastu pegi pasar larkin untuk dating.hehehe...sempat makan nasi ayam,air kelapa dan beli sireh. Oh ye,sempat beli alas meja jugak. Contraction masih 5 min sekali.

9.00 pagi - mandi.double check barang nak dibawa ke hospital.masih sakitnyaaaaaa tuh di sini.

12.30 tengah hari - rissa balik sekolah.peluk cium rissa pastu pergi hospital. Sebelum tu kita lunch kat mcd. Aku makan happy meal,milo ais dan oreo mcflurry. Hihihi...

1.30 petang - sampai bilik saringan.buat ctg.cek bukaan.doktor kata dah 5cm.

3.30 petang - masalahnya labour room penuh. Pastu wad kelas satu pun penuh. So terpaksalah aku masuk ke wad kelas 3 dulu. Doktor cakap kalau sakit sangat,inform dia. Aku dijangka bersalin dalam 4 jam lagi. So dalam pukul 8 gitulah.

5.00 petang - kontraksi datang setiap 6-7 minit sekali. Sakittttt. Sesekali tu bila larat,aku buat hip sway. Asbem temankan masa ni.

6.30 petang - aku dah tak tahan.sakit makin kerap.buat ve lagi. Bukaan 6 cm. Pfftt. Punyalah lama baru buka 1 cm jer. Air ketuban dipecahkan.

6.40 petang - masuk labour room.aku ditolak guna stretcher.

6.50 petang - masuk bilik bersalin no 12. Sakit contraction masa ni aih jangan cakap. Aku cakap kat nurse nak gas etonoks. Nurse cakap kejap ye,dia ambik benda penutup hidung tu. Pastu bila dia check,ohhhh maaflah puan. Gas etonoks ni dah habis.

Aku terus cakap ahh matilah saya. Macam mana saya nak jahit nanti?

7.00 petang - asben masuk setelah lama aku tunggu.nampak dia terus rasa confident sikit.ayat aku masa ni,sakit yanggg..sakit...

Segala breathing lesson ke,apa benda ke....semua aku lupa.

7.30 petang - asben disuruh keluar.bidan masuk.dia kata nak tolong aku bersalin.masa ni memang aku dah rasa sakit yg nak berak tu.5 juta kali dia suruh aku push,aku asyik cakap huwaaaa tak boleh tak boleh.sakit. Saya tak boleh!

Pastu dia cakap awak nak baby lemas ke???saya nak tolong awak ni! Teran bila sakit. Teran!!! Yang aku pulak teran bila tak sakit. Masa ni dah berguling-guling dah.

Tengok ctg anak awak ni tak cantik. Kalau dia keluar nanti tak nangis,awak tak kesian ke???

Nurse panggil asben masuk bilik.mengadu kat asben yang aku tak nak teran.cakap nanti baby lemas.masa ni aku dah rasa nak nangis sebab aku ni sakit lah! Bukan aku saja tak nak teran. But of course asben aku percaya cakap nurse. 😒

Asben pegang tangan aku. Aku push. Dan push. Push lagi. Sambil asyik cakap tak boleh sayang. Sakitttttt!

Lepas tu nurse suruh aku letak kaki kat besi tu sambil berpaut pada tiang apa ntah yang tepi katil. Nurse tolak kaki kanan,asben tolak kaki kiri. Masa ni asyiklah nurse kata teran stephanie!!! Teran. Pffttt stephanie sangat. Asben cakap sikit lagi,sikit lagi.

Aku teran. Berkali-kali. Masa ni dah tak jerit sebab dah rasa ada benda nak keluar sangat. Risau pulak kalau kepala baby keluar,badan dia tak keluar kang.

Akhirnya setelah dimarah bagai nak rak,baby keluar. Pastu nurse letak baby atas aku. Asben excited cakap eh baby dah keluar. Aku buat tak tau je. Whatever janji aku tak sakit dah.

Nurse tunjuk bebird baby.pastu jahit aku.dia kata koyak sikit tapi yang koyak tu kat bontot sebab aku angkat bontotlah of course! Pffttt. Taklah teruk sangat tapi cukuplah buat aku tak nak beranak lagi.

Nanti baby dah ada nama aku post gambar. Kepada yang wish tu,thanksssss so much. Untuk asben yang aku yakin kalau dia takde,aku tak bersalin pun. Ehhh maksud aku kalau dia takde,aku tak nak push. 😝

Semoga Tuhan sentiasa murahkan rezeki dan memudahkan urusan hidup suamiku..thanks so much sayang!

posted from Bloggeroid