Saturday, 22 April 2017

Buat sendiri shower cream



Hai.

Sekarang I tengah ada misi untuk berjimat dan menyimpan duit. I ada satu impian yang I nak capai sebelum I 35 tahun,jadi I boleh usaha selama 6 tahun lagi. Okeylah, I suka guna shower cream untuk mandi. Selalunya I guna shokubutsu. Refill untuk shokubutsu 500ml selalunya paling murah pun RM5. Tapi susah nak jumpa harga tu.

So I fikir,apa kata I buat shower cream shokubutsu sendiri? I google cara buat mandian ni dan rupanya cara dia senang je. I letak cara buat sendiri krim mandian ni ye.

Bahan-bahan :

Seketul sabun (I guna shokubutsu)
Bekas kosong untuk letak shower cream
Air 1500 ml

Cara buat :





Parut sabun hingga halus. Boleh jugak guna food processor. Ambil masa dalam 15 minit.



Panaskan air. Bila hampir mendidih,masukkan sabun. Kacau hingga semua sabun ni larut.

Biarkan selama 12 jam.



Esoknya,korang akan tengok cecair ni jadi pekat. I kacau lepas tu,blend hingga isi dia bercampur elok.

Bila dah siap,tuang dalam bekas. Siap!



Cara ni sangat jimat tau. I beli 3 buku sabun tu dengan harga RM3.60 je. Bayangkan seketul boleh jadi 1 liter shower cream. Jimat gile kan? Kira sebotol mandian kita cuma berharga RM1.50 camtu je..

posted from Bloggeroid