Friday, 17 March 2017

Resepi sambal cili simple

Hai.

Hari tu I sibuk jadi I buat pes sambal cili ini awal sikit. Nanti nak masak senang je kan? I buat pes sambal cili ni tak banyak pun,untuk stok 2-3 kali masak je. Masa ni,I nak masak asam pedas ikan. Kat sini I letak resepi simple pes sambal cili ni ye.



Bahan-bahan :

2 genggam cili kering
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan

Cara buat :

Mula-mula cuci cili kering dan potong tiga. Rebus cili hingga air mendidih. Kemudian,ambil cili dan masukkan ke dalam blender. Masukkan air rebusan cili yang masih panas tadi hingga separuh daripada cili. Blend hingga hancur.

Masukkan bawang dan belacan. Blend lagi. Akhir sekali,masukkan sesudu besar minyak masak.

Siap! Bila buat camni,warna cili kita pun merah cantik je..simpan dalam peti ye..

posted from Bloggeroid