Tuesday, 7 March 2017

Kari telur tanpa santan simple



Hai.

Resepi simple kari telur tanpa santan. I masak ni kejap jer,sesuai kalau korang nak cepat atau nak buat cicah roti ke apa..

Bahan-bahan :
4 biji telur direbus dan dikupas
Sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu serbuk kari babas
Sesudu rempah menumis india
10 helai daun kari
Sesudu cili giling
Sedikit garam,perasa dan minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

Tumiskan rempah menumis india,cili giling dan daun kari hingga naik bau. Dalam rempah ni I tengok ada halba,biji sawi,jintan..tu je kot. Masukkan 3 sudu serbuk kari. Masukkan dua cawan air.

Tunggu hingga air mendidih. Masukkan garam dan perasa. Masa ni kita check lah okey tak rasa kari tu. Bila semua dah elok,masukkan telur rebus kita. Sedikit tips, telur rebus ni kita hiris sikit kat tepi dia supaya rasa kari tu meresap dalam telur. I punya tercomot sebab kasar sangat kupas telur. Hahaha..

Tunggu hingga mendidih sekali lagi. Siap! Senangkan?

posted from Bloggeroid