Wednesday, 31 August 2016

3 produk Avon yang paling popular




Hai.

Aku masih ingat, masa aku masih remaja dulu,produk Avon yang merupakan satu jenama antarabangsa sangatlah popular di kalangan rakyat Malaysia.Avon juga merupakan sebuah jenama yang amat dipercayai. Avon yang telah bertapak di Malaysia sejak berpuluh tahun lamanya ini juga mempunyai ribuan jumlah pengedar yang sah. Tempoh yang agak lama ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa jenama kosmetik popular ini mempunyai penggemar setia yang ramai dan sering mendapat permintaan yang tinggi. Produk-produk Avon terdiri daripada rangkaian produk kosmetik, set mandian, set penjagaan badan, set wangian, dan aksesori untuk wanita serta lelaki. Apa yang menyebabkan produk Avon masih digemari sehingga kini adalah kerana tahap kualiti yang sentiasa konsisten dan tawaran harga yang cukup berpatutan untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja.
Oh ya, apakah produk Avon yang paling popular yang korang wajib cuba?

Berikut merupakan tiga Avon products yang paling popular dan masih digemari sejak dahulu hinggalah ke hari ini :


Produk Avon pertama yang paling popular adalah koleksi lipstick Avon yang juga sering menjadi pilihan ramai jurusolek profesional. Sapuan lipstick yang kekal lebih lama dengan pilihan warna yang memukau ini wajib anda miliki. Korang tahu kan yang aku obses dengan lipstik? Aku dah try lipstik avon dan apa yang boleh aku katakan, aku suka lipstik Avon. Warnanya terang dan tahan lama. Murah pulak tu? Mak sukerrrr!



Yang kedua popular adalah rangkaian set wangian Avon Far Away yang sememangnya boleh anda temui di katalog Avon sejak dahulu lagi dan masih bertahan hinggalah sekarang. Aku percaya korang pernah terhidu bau ni. Sama ada mak korang pakai, atau kawan-kawan. Bau dia sangat long lasting kan? Ni yang aku paling suka part perfume Avon. Harga sangat murah tapi tahan lama. Botol pun cantik.



Berikutnya pula adalah rangkaian produk penjagaan kulit Avon Anew yang dijamin selamat digunakan oleh semua jenis kulit termasuklah kulit wanita Asia. Korang tak payah risau sebab produk Avon tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang merbahaya untuk kulit.

Jadi bagaimana? Cepat-cepatlah dapatkan produk Avon sekarang jugak!  

Monday, 29 August 2016

Anak kedua

Hai.








Ini adalah kali pertama nak tulis pasal anak kedua iols. Okaylah,anak kedua ni diberi nama eddie garcia. Nama dia simple je,macam orangnya. Eddie anak yang baik,sabar,tak banyak karenah dan senang dijaga.

Hari ni eddie masih 4 bulan. Lagi seminggu lebih,dia masuk 5 bulan. Eddie masih diberi susu badan sepenuhnya. Memang usaha untuk bagi eddie susu badan selama yang mungkin. Semoga dipermudahkan.

Aku update ni sebab nak tulis yang eddie dah pandai meniarap. Semalam. Sebelum ni dia usaha nak pusingkan badan tapi semalam baru dia betul-betul pandai pusing sendiri. Nak tahu masalahnya? Kerja dia sepanjang hari asyik nak meniarap ajerrrr..

Next time aku update pasal eddie lagi ye.
posted from Bloggeroid

Saturday, 27 August 2016

Review Freshcon Colors Fusion

Hai.

Aku dah bertahun tak guna contact lense yang ada warna sebab nak feeling natural katanya. Tapi lately ni aku tengok,eh macam best pulak pakai lense kaler. Maka pencarian colour contact lense pun bermula. Oh ye,aku pakai lense sebab aku memang rabun.

Lense ni ada pelbagai brand. Aku tak berani guna lense yang dijual di tepi-tepi jalan tu sebab mata nak pakai lama kan? Lepas pilih-pilih,akhirnya aku beli freshkon colors fushion ni. Aku beli warna brilliant bright.

Okay,untuk makluman,kandungan air dalam lense ni ialah 55%. Setelah beberapa kali guna,ini review simple aku.

Warna lense ni sangat natural. Walaupun saiz dia 14.2 mm tapi dia automatik buat mata nampak besar.

Senang nak pakai,tak lembik.

Lense ni boleh digunakan untuk sebulan....tapi lepas seminggu guna,aku dah rasa tak selesa. Rasa kering dan tebal sangat kat mata. Kadang-kadang okay tapi selalunya tak best. Terseksa pakai.

Lepas ni,aku tak beli kot brand freshkon colors fusion. Nak try brand lain pulak. Oh ye,aku beli dengan harga RM110 untuk 3 kotak.









Okaylah,sekian review ringkas aku. Sori lama dah update sebab aku kan baru bersalin. Rissa dah jadi kakak....ada masa nanti aku share pasal baby. Bye..

posted from Bloggeroid