Tuesday, 28 June 2016

5 tips penting simpan duit

Hai.

Kalau orang lain share tips diet,aku nak share tips simpan duit. Untuk pengetahuan,gaji aku dan asben biasa-biasa je dan aku pun jenis perempuan yang biasa jugak..yang suka shopping dan boros jugak. Kita sama je..jangan bagi alasan alah dia takpe. Anak dia baru dua. Dia takpe,tak hantar anak pegi nursery bla bla bla. Keyword dia ialah kita kena cuba dan jangan beri alasan.



1. Tetapkan matlamat.
Aku punya impian nak bercuti. Untuk itu,aku perlu simpan banyak duit sebab aku bukan orang kaya. Ramai yang kata membazir je bercuti jauh-jauh. Alah whatever. Asalkan aku dan family happy.

Kawan aku cakap kena kuat. Bayangkan bila dah sampai kat tempat yang aku nak pergi nanti...mesti best. Jadi bila rasa nak give up tu,ingat balik apa matlamat kita.

2. Tetapkan bajet.
Ini sangat penting. Masa dapat gaji,asingkan dulu duit simpanan. Kemudian kira bajet. Pastikan kita ikut bajet ini dan asingkan sikit (contoh : RM100) untuk emergency.

3. Simpan RM1000.
Untuk permulaan,simpan duit sebanyak RM1000 secepat yang mungkin. Ini macam back up plan kita. Jangan guna seribu ini kecuali kalau benar-benar perlu.

4. Guna konsep reuse,reduce and recycle sebaik mungkin. Aku ada banyak benda yang aku kerap beli walaupun yang sedia ada belum habis contohnya shampoo,barang mekap,losyen...aku pun tak faham apa motif aku beli banyak-banyak pastu tak pakai. T_T

5. Pekakkan telinga,butakan mata.
Biarlah orang nak cakap apa. Pastu biarlah orang nak beli apa...janji kita happy okey?

posted from Bloggeroid

Monday, 20 June 2016

Resepi rendang simple dan sedap

Hai.



Aku sangat suka makan rendang lebih-lebih lagi rendang daging. Tapi aku jarang masak rendang...dalam 2 tahun,sekali kot aku masak. Hihi. Okaylah,nak letak resepi rendang yang simple ni untuk panduan aku sendiri esok-esok.

Ayam 1 ekor potong 12
Daun kunyit 2 helai dihiris halus
Santan kotak kara
Kerisik 3 sudu besar
Asam keping
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Untuk dikisar halus :
Halia dalam 3cm
Kunyit hidup
Serai 3 batang
Lengkuas
Cili kisar 4 sudu besar (aku beli kat kedai india)
Bawang merah 2 biji
Bawang putih 4 ulas

Mula-mula bersihkan ayam. Kemudian, ambil sebiji limau kasturi,perah jusnya dan gaulkan dengan ayam. Ini tips buang hanyir ayam ye.

Kemudian boleh start sediakan bahan kisar. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai garing dan naik bau. Kemudian masukkan kerisik. Kacau.

Setelah itu,masukkan ayam. Gaul ayam sehingga ayam nampak kecut,baru masukkan santan. Kecikkan api. Tunggu hingga mendidih. Pastikan ayam kerap dikacau untuk elak pecah minyak.



Masukkan garam,gula dan daun kunyit. Tutup kuali dan tunggu hingga ayam masak. Siap!

posted from Bloggeroid

Saturday, 11 June 2016

Benda yang tak boleh dibeli dengan duit

Semalam aku call nenek. Nenek cerita yang kakak ipar dia (nenek saudara aku) sakit. Kanser paru-paru. Benda tu buat aku perasan sesuatu....apa yang aku mahukan dalam hidup ini.

Jawapannya adalah berjalan. Travelling. Aku selalu duduk dengan datuk,dengar dia bercerita tentang pengalaman dia masa muda-muda. Dia travel ke sana sini...merasa tinggal kat pelbagai tempat.



Bila kita dah tua,dah tak larat nak berjalan,punya banyak duit pun tak guna. Duit tu penting,aku tak nafikan tapi yelah...faham kan maksud aku? Jauh pemandangan,luas pengalaman.

Aku dah berusia 28 tahun. Aku listkan tempat yang aku pernah pergi setakat ini.

Bintulu.
Miri.
Kuching.
Sibu.
KL.
Shah alam.
Langkawi.
Melaka.
Johor bahru.

Itu je. I should travel to more place.



Start 13 Jun nanti,airasia ada promosi free seat. Jom booked tiket!

posted from Bloggeroid

Thursday, 2 June 2016

Tips hot dari tukang urut indonesia

Masa berpantang hari tu,aku mengamalkan nona roguy. Aku guna air akar herbanika dan phytonatal. Memang best. Hari-hari aku membuang. Semalam,aku berurut dengan seorang kakak ni. Dia dari surabaya,kak dewi namanya. Kak dewi dah 47 tahun tapi rupa macam 35..fit lagi hokey?

Masa dia urut aku,dia cakap badan aku banyak angin ni. Rahim pun masih bengkak. Yelah...aku memang takde urut langsung kan? Aku beritahu kak dewi yang tulang kelengkang aku sakit. Pastu bila nak mencangkung pun aku tak selesa. Lepas kak dewi urut,syukur..aku rasa selesa sangat. Dia buat sengkak sekali..cara dia sengkak lain sangat tau. Dia tolak dari ehem2 je..bukan tolak perut macam aku pernah sengkak sebelum ni.

Kak dewi kata aku sakit pinggang sebab rahim aku dah ke tepi. Lepas tu kat bahu aku ada biji-biji angin. Kalau dibiarkan,nanti dah tua tak boleh angkat tangan..takut aku dengar.

Yang paling takut,dia cakap kolestrol aku agak tinggi. Omg! Dia suruh jaga makan. Aku percaya bila dia cakap bab kolestrol ni sebab dia tengok mertua aku je dah tahu yang mami ada kencing manis dan tinggi kolestrol. Masa memula dia sentuh aku,dia dah tahu aku keja bawah ekon. Hihihi..

Aku share sedikit tips dari kak dewi ye..

1. Amalkan makan pucuk betik yang dicampur dengan asam jawa,ibu kunyit dan madu untuk tambah susu.
Masa kak dewi cakap,aku angguk je sebab aku mana kenal pucuk betik ibu kunyit bagai ni. Lepas mami cakap benda ni pahit,aku terus errrrrr....

2. Untuk kecantikan,blend carrot,apple,tomato dan minum. Kalau makan gitu je pun boleh.

3. Minum air suam atau air putih sahaja. Tapi kalau susu/horlick tu..okeylah. Berkhasiat kan..

4. Setiap kali bangun pagi,minum air kosong yang panas sebelum berkumur. Untuk kesegaran badan.

5. JANGAN MINUM AIR AIS.

6. Jangan mandi malam. Lepas pukul 7,jangan mandi ye. Kalau nak jugak,cuma perlu lap badan saja.

7. Jangan makan benda sejuk dan tajam macam nanas dan timun.

8. Banyakkan makan sawi yang pahit untuk tambah susu.

Kak dewi cakap elakkan makan benda yang diawet,ayam yang disuntik,ikan yang dibela..benda-benda gitulah. Lebih-lebih lagi kita perempuan ni. Dia kata sekarang ni ramai sangat yang ada cyst dan fibroid disebabkan pemakanan. Katanya,kat indon strict. Tak makan benda camtu. Sebab tu orang indon mostly badan kuat.



Last sekali kak dewi bagi aku maajun yang dia buat sendiri. Dia kata maajun ni elok sangat untuk mengatasi keputihan,memberi tenaga,merapatkan vagina dan lain-lain..okey,ada masa nanti aku bagi testi maajun tu ye..

posted from Bloggeroid