Sunday, 22 May 2016

Review lipstik golden rose velvet matte

Aku suka lipstik. Rasanya semua kawan aku tahu benda tu. Kalau tak tahu nak bagi hadiah apa kat aku,bagi lipstik ye..hihihi. Okey,hari tu rara ada bagi review pasal lipstik golden rose ni. Aku google sana sini pasal lipstik golden rose,last-last aku beli jugak. Beli 2 batang. Ini review aku tentang lipstik golden rose velvet matte.






Yang gelap tu kod 26,yang cerah tu kod 16.

Golden rose velvet matte 16
Warna lipstik ni sangat cantik! Ada yang kata dia adalah dupe mac taupe. Aku kan minat the kardashian clan,jadi of course aku teruja nak dapatkan bibir ala kylie jenner. Tona warna lipstik ni ialah brownish red. Coklat kemerahan. Aku rasa ianya sesuai untuk medium to dark skin.

Tapi bila aku dah pakai,aku kurang gemar sebab aku rasa bibir aku gelap semacam. Dah macam perokok tegar pulak bibir gelap ni. Pastu aku rasa nampak tua dengan lipstik gelap.

Golden rose velvet matte 26
Dupe untuk mac runway hit. Aku ada lipstik mac runway hit tapi formula dia terlalu kering,aku tak suka. So aku beli golden rose. Tona dia pink peach. Nice for anyone with fair to medium skintone. Kulit aku jenis kekuningan dan bibir aku pun pigmented,so bila aku pakai ni,tak cantik. Sobsss! Tapi aku mixkan lipstik kod 16 dan 26 untuk dapatkan warna yang aku suka.

Yang best pasal lipstik golden rose velvet matte ini ialah warna dia cantik. Serius,aku tengok kod dia satu persatu,memang semua warna dia lawa. Macam mac. So kalau rasa mac mahal,tapi nak pakai lipstik ala-ala mac,guna lipstik ni. Ada dupe untuk chili,diva,kinda sexy,taupe,runway hit,impassioned..Lipstik ni bau dia macam coklat. Oh ye,lipstik golden rose ni dari turki tau. Halal.

Tekstur lipstik golden rose ni ringan dan tak mengeringkan bibir walaupun dia matte. Lagi satu,kalau bibir tu jenis yang menggelupas atau banyak garis halus,boleh guna lipstik golden rose velvet matte sebab ianya menyembunyikan kekurangan bibir korang tu.

Tapi kekurangan lipstik ni ialah packaging dia. Dia guna plastik yang bagi aku tak berkualiti langsung. Bila nak sapu lipstik tu,aku boleh rasa lipstik bergegar dalam bekas dia. Macam lipstik tu tak muat betul-betul dalam bekas.

Tak tahan lama. Aku bukan jenis yang suka kemam bibir atau makan dengan comot tapi lipstik ni hilang lepas 2-3 jam dipakai walaupun aku tak makan! Grrr...

Untuk beli lipstik golden rose,korang boleh pergi ke website dia (www.goldenrose.com.my) atau google golden rose malaysia.Harga sebatang ialah RM25. Murah kan? Bagi aku,lipstik ni berbaloi dengan harga dia.

posted from Bloggeroid