Saturday, 17 December 2016

Rumusan 2016

Hai.

Tahun 2016 dah nak berakhir. Tahun depan i dah masuk 29 tahun. I nak buat rumusan apa yang berlaku pada I sepanjang 2016.

Mak anak dua.
Ya,ini pencapaian terhebat I tahun ni. I sayang dua-dua anak I tapi I tak update pasal eddie sebab I macam perasan kalau I update pasal dia,mesti ada benda tak elok berlaku. Mungkin tu hanya kebetulan tapi kalau boleh elak,I elak. I update sikit je pasal budak berdua tu.



Juara tarik tali.
Omg. I sangat excited pasal ni. Ofis I ada buat sukan outdoor. I terpaksa join tarik tali. Mulanya I ingat tarik tali ni senang takde apa. Tapi seriously,sangat susah ok. Seluruh badan akan sakit. Paling tak sangka bila kumpulan I menang. Dapat emas. Pingat pertama I dalam sukan. Huwaaaa..nangis terharu!

Bertukar unit di tempat kerja.
I ditukarkan ke unit lain. Sebelum ni,I kerja di unit yang sama selama 6 tahun,kena tukar masuk unit lain. Setahun kat unit lain,tup tup satu hari...I dapat surat pertukaran ke unit yang lain pulak. Masa dapat surat tu,I meroyan berhari-hari. Menangis,up status macam orang putus cinta,tak nak makan..eh macam-macamlah. Siap I buat emel kat bos minta dia tak tukarkan I. Pastu bos I panggil I personally dan bincang elok-elokla. Sekarang semua dah ok. I suka unit I yang baru ni cuma sibuk sikit.

Skincare addict to make up addict.
Selalunya I akan obses dengan kecantikan kulit tapi tahun ni I banyak habiskan duit pada barang mekap. Hahaa..minggu depan I plan nak join satu kelas mekap. As I'm getting older,I dah jumpa dah produk yang sesuai untuk I. I dah jarang bertukar produk macam dulu.

Hidup.
I perasan yang tahun ni juga I kurang bergaul dengan orang. I rasa lebih selesa begitu. Yelah,makin meningkat usia ni,prioriti kita dah bertukar. Keluarga dan kerjaya lebih penting. Malas dah nak drama.

Semoga tahun depan lebih baik.

--
Sent from Fast notepad

posted from Bloggeroid