Thursday, 8 December 2016

#MyTravelokaEscapade Hang pi mana hang pi mana?

Hai.



Dah ada baby ni, kalau ditanya nak ke mana, i lagi suka bercuti di Malaysia je. Nak ke luar negara leceh sikit sebab anak masih kecil. Suami i selalu cerita yang dia teringin nak Penang sebab Penang kan syurga makanan. Food lovers macam kami ni memang excited bab-bab makan ni.

Memandangkan i tinggal di Johor Bahru, bagi i cara paling senang ke Penang ialah menggunakan flight. Berita baiknya ialah sekarang ini, kalau nak cari flight dan cari hotel yang murah dan sesuai dengan bajet kita kini lebih mudah dengan menggunakan TRAVELOKA. Semuanya terletak di hujung jari. Gittew!

Pulau pinang diberi nama,
Pulau mutiara panggilan manja,
Tempat idaman bercuti bersama,
Kami sekeluarga merasa teruja.

Mari bercuti bersama traveloka,
Pastinya mudah ke mana jua
Ke bukit bendera kita teroka
Di pantai batu ferringhi kita bersua

Jom mai penang wahai saudara!
Syurga makanan pelbagai rasa
Badan naik belakang kira,
Asal makan nasi kandar dan laksa.

Jeruk pak ali kegemaran kami,
Jadi buah tangan buat kawan-kawan,
Harap bersua dengan anak mami
Cheq pi penang membelah awan.

Kata orang,kita belum bercuti sehabisnya ke Penang kalau masih belum menjejakkan kaki ke Bukit Bendera, juga dikenali sebagai Penang Hill. Kali terakhir I naik kereta kabel ialah semasa di Langkawi. Tak sabar nak naik kereta kabel di Bukit Bendera pulak.

Selain itu, tahu tak korang bahawa Pulau Pinang memiliki lebih daripada 10 muzium atau rumah pameran? Antaranya ialah muzium emas PG,muzium mainan,muzium upside down,muzium hantu,muzium kamera ,muzium 3d dan banyak lagi. I jarang bawa anak-anak ke tempat seperti ini jadi mesti budak berdua tu seronok kalau dapat pergi muzium.

I jugak plan nak bawa family I ke Kilang Batik Penang. Kilang batik ini terletak berhampiran Taman Botani Pulau Pinang. Mesti best dapat tengok sendiri bagaimana batik dihasilkan.

Bersiar-siar di Penang pasti lebih menarik dengan adanya Penang Street Art. Bolehlah I bergambar puas-puas di sini. Daripada pembacaan I,karya seni terbaik boleh dilihat bermula di Muntri Street dan berakhir di Weld Quay.

Korang tahu tak bahawa di Penang juga terdapat rumah Tan Sri P. Ramlee, seniman agung negara. I memang sangat meminati beliau dan telah menonton banyak sangat filem beliau dari I kecil. Teringin nak ke sini sebab nak tengok bagaimana kehidupan P. Ramlee ketika kecil.

Oh ya,berbalik semula pasal makanan. I pun lama dah teringin sangat nak merasa pasembur Padang Kota Lama yang memang famous sejak dulu lagi. Pasembur ni lebih kurang macam Rojak Asma kalau di Johor. Nanti kita boleh bandingkan,mana lagi sedap. Pasembur atau Rojak Asma.

Satu lagi must have food tentulah char kuey teow. Sebenarnya tiap negeri pun ada char kuey teow dia sendiri tapi I dengar orang cakap, kuey teow kat penang yang paling sedap. Nak tahu betul ke tak,kenalah cuba sendiri kan?

Okey,we save the best for last. Penang memang terkenal dengan nasi kandar. Ada nasi kandar line clear (setahu I,ini yang paling terkenal), nasi kandar kampung melayu dan nasi kandar di restoran deen. Kat JB ni memang ada cawangan nasi kandar line clear tapi I dengar orang cakap nasi kandar di Penang lebih sedap. Ini menu wajibbbbbb cuba. I mesti pegi!

Semoga tercapailah hasrat I sekeluarga nak mai penang ni.  Amin.