Saturday, 10 September 2016

Review perfume dexandra

Hai.

Aku sukakan perfume. Selalunya aku akan cam orang dari wangian yang dia gunakan. Jadi bila aku berkesempatan untuk mencuba perfume dexandra,aku jadi sangat teruja. Orang kata perfume dexandra sama bau dengan perfume asal..betul ke? Jom kita cuba.

Dexandra Daisy by Marc Jacob
Baunya sangat tahan lama. Aku spray di tangan,basuh tangan tapi bau masih lekat. Aku dah bandingkan bau daisy marc jacob original dengan dexandra daisy...apa yang aku boleh simpulkan? Baunya adalah 85% sama. Mula-mula aku spray daisy original,bau dia sedikit lembut berbanding daisy dexandra. Tapi lepas sejam,bau kedua-duanya akan sama.



Dexandra Bond No 9 for her
Perfume ini sangat wangi. Wangian bau citrus dan floral. Kawan-kawan aku semua puji bau ni tapi malangnya,bau dia tak lasting. Aku suka perfume ni. Aku dah pakai sebulan lebih,dah guna separuh botol. Nampak tak tahap obses tu?

Jadi apa yang aku dapat simpulkan di sini ialah silalah dapatkan perfume dexandra sebab ianya sememangnya sangat wangi dan baunya pun tahan lama. Bagi aku,memang berbaloi sangat. Yelah sekarang semua benda dah mahal. Takkan kita nak habiskan beratus untuk perfume saja kan?

posted from Bloggeroid