Wednesday, 31 August 2016

3 produk Avon yang paling popular




Hai.

Aku masih ingat, masa aku masih remaja dulu,produk Avon yang merupakan satu jenama antarabangsa sangatlah popular di kalangan rakyat Malaysia.Avon juga merupakan sebuah jenama yang amat dipercayai. Avon yang telah bertapak di Malaysia sejak berpuluh tahun lamanya ini juga mempunyai ribuan jumlah pengedar yang sah. Tempoh yang agak lama ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa jenama kosmetik popular ini mempunyai penggemar setia yang ramai dan sering mendapat permintaan yang tinggi. Produk-produk Avon terdiri daripada rangkaian produk kosmetik, set mandian, set penjagaan badan, set wangian, dan aksesori untuk wanita serta lelaki. Apa yang menyebabkan produk Avon masih digemari sehingga kini adalah kerana tahap kualiti yang sentiasa konsisten dan tawaran harga yang cukup berpatutan untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja.
Oh ya, apakah produk Avon yang paling popular yang korang wajib cuba?

Berikut merupakan tiga Avon products yang paling popular dan masih digemari sejak dahulu hinggalah ke hari ini :


Produk Avon pertama yang paling popular adalah koleksi lipstick Avon yang juga sering menjadi pilihan ramai jurusolek profesional. Sapuan lipstick yang kekal lebih lama dengan pilihan warna yang memukau ini wajib anda miliki. Korang tahu kan yang aku obses dengan lipstik? Aku dah try lipstik avon dan apa yang boleh aku katakan, aku suka lipstik Avon. Warnanya terang dan tahan lama. Murah pulak tu? Mak sukerrrr!



Yang kedua popular adalah rangkaian set wangian Avon Far Away yang sememangnya boleh anda temui di katalog Avon sejak dahulu lagi dan masih bertahan hinggalah sekarang. Aku percaya korang pernah terhidu bau ni. Sama ada mak korang pakai, atau kawan-kawan. Bau dia sangat long lasting kan? Ni yang aku paling suka part perfume Avon. Harga sangat murah tapi tahan lama. Botol pun cantik.



Berikutnya pula adalah rangkaian produk penjagaan kulit Avon Anew yang dijamin selamat digunakan oleh semua jenis kulit termasuklah kulit wanita Asia. Korang tak payah risau sebab produk Avon tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang merbahaya untuk kulit.

Jadi bagaimana? Cepat-cepatlah dapatkan produk Avon sekarang jugak!