Wednesday, 9 March 2016

Ubat nyamuk bebas bahan kimia yang murah!

Hai.

Rumah aku selalu ada masalah nyamuk. Pastu kulit aku dengan rissa pulak jenis sensitif. Asal kena gigit nyamuk je,bekas dia jadi hitam pastu buruk. Pffttt....sakit hati mak ni..

Pastu,suatu hari masa aku tengah beli baju baby kat aeon,mak mertua suggestkan aku beli benda alah ni.. aku tak tahu nama benda ni. Hahaha...tapi katanya ni perangkap serangga. Aku beli jelah sebab mil bising tengok cucu dia asyik kena gigit nyamuk. Masa aku beli tu harga dia RM38.

Sampai rumah,aku test benda alah ni. Aku perasan perangkap serangga ni selalu dipasang di restoran untuk perangkap lalat. Tapi tak tahu pulak dia boleh perangkap nyamuk sekali. Esok paginya aku tengok. Wahhhhh..banyak tau nyamuk terperangkap.



Ni dah 2-3 minggu jugak aku pakai. Tiap ari paling sikit pun aku dapat tangkap 5 ekor nyamuk. Kurang sikit la nyamuk kat bilik tidur tu.

Pastu yang bestnya,masa aku jalan-jalan kat diy,aku ada nampak benda ni. Harga dia 5.80 je tak silap aku. Sebijik macam yang aku beli. Terus rasa nak hentak-hentak kaki kat situ jugak. Nasib baik mak tengah peknen noks! Hahahaha..



So kalau korang tak tahan dengan bau ubat nyamuk atau korang tak tahan dengan nyamuk,aku suggestkan perangkap serangga ni. Yelah,sekarang kan asyik denggi jer..beli je kat diy. Murah je pun kan?