Saturday, 5 March 2016

Tips gaji cukup hingga ke hujung bulan

Hai.



Kebetulan baru awal bulan ni kan,aku nak share sikit tips berbelanja agar duit gaji kita cukup sampai ke hujung bulan.

1. Lepas dapat gaji,simpan duit sekurang-kurangnya 10% daripada gaji kita. Ini langkah yang sangat penting tau.

2. Wujudkan satu akaun lain selain akaun gaji kita. Contohnya,aku dapat gaji kat maybank,aku simpan duit kat asb. Asb ni selamat sikit sebab takde kad atm. Pastu aku pulak jenis pemalas nak withdraw duit kat asb.

3. Settlekan semua hutang-hutang kita. Ada orang yang jenis suka bertangguh. Tapi aku prefer kita settlekan hutang supaya kalau ada emergency,takdelah kita kelam kabut. Contohnya,bil elektrik kita 100 tapi kita nak bayar 60 je dengan harapan bulan depan bayar lagi balance 40 tu. Tapi tiba-tiba bulan depan ada kecemasan,hah cane....kan dah bertimbun hutang kita.

4. Kalau ada rezeki lebih,bayar extra. Ni aku selalu amalkan. Katalah bulan tu ada duit bonus ke apa. Bil astro aku pulak selalunya 150. Tapi disebabkan aku ada duit extra,aku bayar extra 50. Jadinya bulan depan aku cuma perlu bayar astro 100 je. Ada extra lagi,aku bayar benda lain pulak.

5. Lepas settle hutang,bahagikan duit kepada 5 bahagian. Kenapa 5? Sebab sebulan ada 4 minggu dan satu minggu extra tu untuk kecemasan. Pandai-pandailah nak survive guna duit tu.

6. Belanja apa yang perlu saja. Kalau ada benda yang kita boleh jimatkan,kita jimat. Contohnya kalau bawa bekal boleh jimat,kita save kat situ. Kalau selama ni kita jenis order air macam-macam kat kedai,apa kata kita order air suam je pasni. Sihat pun sihat. Kalau selama ni kita keluar dengan family pegi mall,apa kata pasni kita pergi beriadah je kat taman..

7. Simpan syiling. Agak-agak sesak tu,kita boleh guna syiling kan?

8. Reward diri sendiri. Aku selalu pastikan aku reward diri sendiri setiap bulan. Yelah,tu gaji kita kan. Beli lah apa yang kita nak...tapi agak-agaklah. Jangan reward diri dengan handphone tiap bulan pulak...hihihi...

Okey, tu je tips simple daripada aku. Selamat mencuba ye....