Sunday, 20 March 2016

Review jujur Oppo F1 Selfie Expert

Hai.

Jujurlah sangat kan? Haha. Handphone aku rosak hari tu. Aku pulak jenis yang tak pernah repair phone,selalu kalau phone rosak aku beli je. Bukan sebab duit aku berkepuk tau tapi sebab kos nak repair phone tu 300 400..fuhhh tak sanggup aku. Memula tu aku memang aim dua phone je..samsung A8 atau oppo R7 plus. Beria aku baca review sana sini..akhirnya aku decide nak beli oppo r7 plus tu. Harganya ialah RM2083..

Aku ingatkan harga dia akan turun tau. Sekali sampai kedai,aku tengok harga masih sama. Ok takpe,bajet aku memang lebih kurang gitu. Masalahnya,handphone tu takde stok. Pfftt. Merata aku cari,semua kedai cakap takde stok. Duhhh!

Pastu aku pegilah ke sebuah kedai ni. Berbual dengan salesman dia. Dia kata kenapa nak ambik r7 plus tu? Mahal. Baik ambil oppo f1 je sebab specification dia sama. Aku memula macam ye keeee....aku ni dah study beria pasal r7 plus tau tak? Bukan tu yang terbaik ke...

Pastu,dia explain la. R7 plus ni besar,kalau rosak,spare part dia mahal. Dia kata nak tukar skrin je dah 600. Aku pegang jugak sampel handphone r7 plus tu..haah,memang besar. Dah macam tab pun ada. Fikir punya fikir,last-last aku ambil je oppo f1 ni. Lagipun nora danish duta dia hokey...wakaka..



Jadi kat sini,aku bagi beberapa review berkenaan oppo f1 ni.

Fast charging. Oppo selalunya famous dengan kelebihan dia boleh caj phone dengan laju. Tapi untuk oppo f1, nak caj dia lembab. Sama macam phone lain. Aku caj dari 10.22 malam masa bateri dia 12% (tanpa guna langsung phone ni), tepat pukul 1.00 pagi baru dia cecah 100%.

Ketahanan bateri. Hah..bagi aku,part ni memang superb lah. Handphone aku full 1.00 pagi kan,pastu aku main hp sampai pukul 5.00 pagi. Pastu buka fb,buka ig bla bla...sampai aku tulis entri ni dah pukul 4.30 petang,batt aku masih ada 41%.

Ok update lagi. Bateri handphone ni habis pukul 10.30 malam. Hampir 24 jam. Sangat awesome!

Kamera. Kamera belakang dia ialah 15mp dan kamera depan pulak 8mp. Kamera dia ada banyak apps untuk edit gambar. Mikro lah..beautify la..aku tak reti guna sangat. Setakat ni aku ambil gambar tanpa edit. Sebab tak reti lagi. Gambarnya pun clear sangat. Hasil gambar pun lawa. Tapi syarat dia,kau kenalah pandai ambil gambar. Kekeke..





Nah,kedua-dua gambar ni unedited ye..cantikkan hasil gambar dia? Senang aku nak update blog pasni. Aku mementingkan kamera jugak sebab faktor tulah. Senang nak upload gambar kat instagram. Wakaka.

Android. Ya,ini handphone android. Takde beza sangat dengan samsung/asus/lenovo..sama jer. Senang nak guna.

Saiz dan berat handphone. Orang kata,oppo f1 ni sama saiz dan sama rupa dengan iphone 6. Hmm. Dari jauh,yelah..samalah jugak. Aku akan kata hp ni condider kecil bagi aku yang jenis biasa guna phone besar. Tapi kebaikannya ialah aku dah takde masalah hp asyik hempap muka jer.

Overall aku sukakan oppo f1 ni. Aku beli warna yang limited edition iaitu rose gold. Orang kedai tu cakap ada 150 phone je yang warna ni ada kat johor. Tak pastilah dia menipu ke apa...kalau korang tengah tercari-cari handphone dengan harga yang berbaloi tapi spec yang best,aku fully rekemen oppo f1 ni.

posted from Bloggeroid