Tuesday, 22 March 2016

Resepi nasi goreng sedap!

Hai.



Aku dapat resepi ni dari blog peej burhan. Sorry please tak dapat nak copy link sebab pakai handphone ni. Dah try masak,memang sedap tahap laki aku pun makan wei. Selalunya dia tak makan nasi goreng sangat tau.

Okey,resepinya aku tulis kat sini kot nanti aku sendiri lupa.

Nasi sejuk dalam 3 senduk
Sedikit daging
Kacang buncis dalam 10 batang
Cili padi 6 biji
Telur sebiji
Kiub ikan bilis knorr
Bawang besar sebiji
Bawang putih seulas

Ok,mula-mula blend bawang.
Tumbuk cili padi.
Panaskan minyak.
Tumis kedua-duanya hingga naik bau.
Masukkan daging. Tumis sampai masak.
Masukkan kacang buncis.
Tinggalkan ruang di tengah kuali,masukkan telur.
Masukkan nasi.
Masukkan kiub ikan bilis.
Masak hingga nasi goreng tu garing sikittt..
Siap!

posted from Bloggeroid