Saturday, 19 March 2016

Pernah guna perfume tiruan tak?

Hai.

Aku tak berapa gemar barang fake. Tapi aku takdelah over nau asyik beli barang ori je. Macamlah aku orang kaya kan? Aku jenis yang beli barang biasa jer, janji original. Gittew! Tapi kerana keadaan memaksa,ada masa aku tunduk jugak pada godaan barangan imitation ni. Hahaha.

Sekarang kan banyak jual perfume yang dari pati minyak tu. Ada macam-macam kan? Ada yang brand start dari D tu. So far brand tulah yang paling laku setakat ni kan? Aku ada order kat safurara,hah gi order kat dia! Tapi ni nak cerita yang aku dah terbeli lagi awal pulak. Sori ra....nanti I mesej u tau.

Semalam aku pegi kat mall holiday plaza kat jb ni. Ada sorang kakak tu memang jual perfume. Selama ni aku tak pernah terfikir nak try ke apa tapi semalam tergerak hati pulak. Aku test la perfume tu. Aku hidu satu persatu.

Mula-mula aku try chloe. Eh bau sama! Pastu try lancome miracle, pun sama dengan bau ori! Pastu aku try white musk bodyshop,fantasy britney spears,daisy marc jacob...eh banyak lagilah. Bau sama hokey! Terkejut aku. Tapi sila bertenang dulu. Aku spray kat baju dan tangan dulu. Kita tengok lasting tak.

Pastu aku pergi makan. Settle makan, aku jalan kejap sambil sibuk hidu tangan sendiri. Huwaaaaa..bau dia masih ada tau. Melekat. Memang kakak tu tadi cakap bau perfume ni akan bertahan selama 2 hari di baju (kalau kau tak cuci baju tulah) dan tahan selama 8 jam di badan..kalau kau tak mandi.


Aku patah balik ke kedai tu dan start nak pilih perfume yang aku suka. Ada beberapa yang aku minat iaitu still jennifer lopez,miracle lancome dan perfume favourite aku,lovely by sarah jessica parker. Bertahun aku ngidam nak beli lovely tu tapi tak pernah beli sebab bau dia tak lasting. Kali ni,aku akhirnya decide nak beli lovely sebab bau pati ni lasting. Kakak tu jual RM40 untuk 40 ml. Oklah kan?

Tau camna cara nak buat pati perfume ni? Memula,aku tengok kakak tu tuang pati ori perfume tu ke dalam bekas tabung uji sebanyak 20ml. Pastu dia campurkan setitis perwarna. Ada warna merah,hijau dan biru. Last sekali,dia campurkan air 20ml. Goncang dan siap! Tuang dalam botol. Kakak tu kata dia dapat pati tu dari New Zealand..aku ingatkan semua benda gitu dari Dubai. Wakaka!



Ni aku dah pakai pati perfume tu...memang lasting uolsss..lagi lasting dari perfume lovely yang ori tu. Jimat duit mak. Tu yang paling penting. So kalau pasni korang ada sebarang keraguan nak beli pati perfume,tak payahlah ragu-ragu. Bau dia memang sama..kalau berbeza sikit pun mungkin 1st note perfume tu. Last note dia memang exactly sama.

Lepas ni,aku nak beli miracle la kalau cek nuffnang masuk. Hehe..

posted from Bloggeroid