Monday, 14 March 2016

Peringatan untuk ibu bapa

Hai.

Aku dapat ni dari facebook. Aku share kat sini...untuk panduan kita bersama ye..

FITRAH ANAK ITU BERMAIN

1. Hari ini impian mak ayah semakin menggila, anak seusia tahun dua sudah diajar ke tusyen segala.

2. Anak kecil ini terlena ditangga tusyen sebab mak ayahnya lambat ambil.

3. Saya yang lihat rasa nak menangis pun ada. Hati kita dimana?. Saya benar benar terluka melihat sikap ayahnya.

4. Pagi sekolah agama, petang sekolah vernakular dan malam tusyen segala. Kita nak dia jadi Profesor? atau Menteri serba guna?

Ibubapa yang mulia

5. Fitrah anak itu bermain, berkawan dan bercerita. Bukan belajar sepanjang masa.

6. Zaman ketawa, menangis, mengusik adik, kotorkan baju dan kasut sekolah itu mesti ada.

Zaman makan aiskrim, beli jajan, tangkap kucing, naik basikal, mandi kolam, kejar anjing itu wajib ada.

7. Jangan rosakkan zaman emas mereka dengan belajar dan hilangkan senyum ketawa dimuka.

8. Semua ibubapa nak anaknya berjaya tetapi jangan jadikan anak kita 'trophy' yang kita boleh banggakan waktu cerita dengan kengkawan di tempat kerja.

9. "Anak aku semua masuk smart reader, khalifah, smart kids segala bagai". Apakah kita nak anak kita jadi bijak pandai seperti menteri itu?

10. Takut sangat anak gagal dan tidak cemerlang, pandai sangatkah kita dulu hingga nak anak hebat begitu?

11. Bila anak tidur, lihatlah wajah mereka. Letihnya mereka dengan sistem pendidikan yang ada, yang berubah sepanjang masa.

12. Kita selalu kata, "anak tak pandai pun tak mengapa, yang penting solatnya terjaga".

Tetapi bila tak dapat cemerlang tahun dua dah hantar tusyen sampai tidur atas tangga.

Jangan jadi ibubapa yang hilangkan senyum ketawa anak dimuka mereka.

Cuti ini bawaklah mereka bermain bagi kembalikan senyum dan ketawa. Fitrah anak anak itu bermain kengkawan, jangan bunuh jiwa mereka.