Tuesday, 8 March 2016

Apa yang korang jangkakan dari budak 4 tahun?

Hai.

Pagi ini aku ada terbaca status kawan aku pasal sekolah anak dia kat facebook. Aku selalu minta pandangan dengan Yong ni sebab dia cikgu, beza umur dia jauh gile dari aku dan dia selalu bagi pendapat yang matang.

Okey, persoalannya sekarang adalah adakah kita juga mempunyai target tertentu untuk persekolahan anak? Untuk rissa, aku bagi contoh perkembangan dia ye..

Setakat hari ini (3 tahun 5 bulan)  – boleh mengenal ABC dan 1-10, hafal nombor hingga 20, boleh beza huruf besar dan huruf kecil walaupun kadang-kadang ada silap sikit. Boleh pegang pensel dengan betul. Boleh mengira hingga 10. Kenal warna. Faham dan boleh bertutur dalam Bahasa English. Faham Bahasa melayu sikit-sikit. Faham Bahasa iban dan boleh bertutur dalam Bahasa iban sikit-sikit.

Aku menjangkakan by the end of this year, rissa dah boleh membaca. Tapi setakat hari ini, aku tengok rissa belum diajar membaca di sekolah. Aku terfikir nak ajar dia tapi aku tak sure, derang akan membaca guna kaedah phonic atau apa. Aku tak nak rissa confuse pulak. Tapi takpe,nanti aku tanya teacher dia berkenaan perkara ini.

Suami selalu remind aku, jangan expect lebih-lebih bab rissa. Sebab dia masih kecil lagi. Aku pulak selalu lupa. Tapi yes, status kawan aku ni mengingatkan aku pada realiti kehidupan. Apa yang aku jangkakan dari anak sendiri..dia pun baru 3 tahun lebih..

Aku hantar rissa ke sekolah untuk dia bersosial dengan kawan-kawan. Untuk belajar sikit-sikit. Tapi main point aku ialah aku nak rissa bergaul dengan orang. Tu jer. Tapi bila rissa dah start sekolah, aku harapkan macam-macam. Hihihi…my bad. Takpelah, tiap orang buat silap kan? Baiklah, mari aku catat sikit apa yang aku target dari rissa lepas ni..

2016 (4 tahun) – target rissa boleh menulis A-Z dengan guideline. Boleh mengira yang simple. Boleh mewarna ikut garisan.

2016 (5 tahun) – target rissa boleh menulis tanpa guide. Boleh mengira. Boleh membaca sikit-sikit. Boleh mewarna.

2017 (6 tahun) – target rissa boleh menulis,membaca dan mengira.

Bulan 4 nanti, tadika rissa ada ujian. Aku nervous hokey…hahaha..aku harap rissa boleh buat dengan baik (kata-kata itu doa kan?). Good luck anak mama. Aku pasni kena rajin jugak ajar rissa. Sekarang aku cuba spend 30 minit tiap hari untuk dia belajar..pasni kalau gigih, up sikit jadi 40 minit.