Wednesday, 10 February 2016

Soalan untuk cikgu

Hai.

Bulan depan,aku dan suami akan menghadiri mesyuarat ibu bapa di tadika rissa. Jadi di sini,aku sediakan soalan-soalan yang aku rasa sesuai untuk ditanya semasa mesyuarat ibu bapa dan guru. Soalan-soalan ini dari kawan-kawan dan google. Untuk panduan bersama ye. #tiaclarissa

1. Bagaimana perkembangan anak saya setakat ini?

2. Anak saya aktif tak di kelas? Bagaimana pergaulan dia dengan cikgu dan kawan-kawan?

3. Pada usia anak saya,apakah kemahiran yang sepatutnya dia kuasai?

4. Pada pandangan teacher,apa kelebihan anak saya?

5. Apa yang teacher rasa anak saya slow atau kurang faham? Teacher rasa apa yang kami sebagai ibu bapa boleh lakukan untuk mengatasi kekurangan ini?

6. Nyatakan kelemahan anak kita yang kita perasan. Contoh : Saya perasan anak saya tak berapa gemar menulis. Perlu ke saya bagi latihan menulis banyak-banyak atau secara psikologi,tak payah paksa dia?

7. Pada pandangan teacher,adakah saya patut lebih fokus pada kelebihan atau kekurangan anak saya?

8. Apa yang kami sebagai ibu bapa boleh lakukan di rumah untuk membantu anak kami?

Ok done. Correct me politely if im wrong. Kalau ada soalan tambahan,boleh jugak kita sama-sama belajar ye. 😊