Sunday, 14 February 2016

Review : Daiso Eyebrow Pencil

Hai.

Aku rasa semua orang kerap pegi daiso kan? Nak beli macam-macam barang yang cute! So hari tu,aku pegi daiso dan sempat grab beberapa barang. Antaranya ialah daiso eyebrow pencil. Kalau korang google,memang ramai yang rekemen eyebrow pencil ni tau..jadi,marilah kita try.





Produk
Harga eyebrow pencil ini ialah RM5.30. Packaging dia simple. Ini adalah auto eyebrow pencil jadi tak perlu diasah. Pusingkan aje. Pastu shape mata dia adalah segitiga,so senang nak shapekan kening kita. Dia ada extra penutup jadi kalau hilang satu,kita ada extra.

Review :
Produk ini ada 3 shade. Brown,dark brown dan black. Aku pilih dark brown. Lepas try,apa yang aku boleh katakan,eyebrow pencil ni formula dia tak creamy macam eyebrow pencil silkygirl yang aku selalu guna. Tapi dia taklah terlalu kering. Just nice je. Warna dia pun tidak terlalu pekat,natural je. Ada beberapa eyebrow pencil yang coklat ni selalu warna dia jadi kemerahan,hah yang tu aku tak suka. Tapi eyebrow pencil daiso ni okey,warna dia ok sangat..



Bagi aku,untuk harga 5.30, memang berbaloi sangat eyebrow pencil ni. Tambahan pulak kalau korang jenis pengguna tegar eyebrow pencil macam aku. Yelah,biasanya eyebrow pencil ni harga dalam RM15 ke atas tau.

Kekurangan eyebrow pencil daiso ini ialah berus dia. Berus dia tak soft,keras. Tak best. Tapi takpe. Aku boleh pejam mata part berus tu sebab aku ada berus lain. Hihi..



Warna dia tahan dalam 4-5 jam kalau kita tak gosok kening tu. Yelah,dah kenapa nak gosok kening tu kan? Kalau untuk aku pegi ofis,ok je benda ni. Tahan. Tapi kalau kena hujan bagai,aku tak jaminlah. Kang hilang sebelah kening tu,jangan salahkan mak pulak..hahaa...

Pasni,aku rasa baik aku beli eyebrow pencil daiso je. Murah pun murah. Berbaloi uolsss..