Saturday, 13 February 2016

Review : Cetaphil Gentle Cleanser

Hai.





Ada beberapa orang yang minta tips penjagaan kulit daripada aku. Aku sentiasa cakap,bersihkan muka betul-betul dan guna sunblock. Itu wajib.

Sejak mengandung,hormon aku bertukar dan aku memerlukan pencuci muka yang mild. Kalau aku guna pencuci muka biasa,nanti kulit aku jadi kering dan mengelupas. Siap ada dry patch. Buruk ok. So,aku try cetaphil gentle cleanser ni.

Produk.
Pencuci cetaphil ini tiada bau atau buih. Sesuai untuk kulit sensitif. Baby pun boleh pakai.

Review :

First time pakai pencuci cetaphil,aku macam tertanya jugak eh ye ke muka bersih pakai ni? Takde buih pun. Dahlah lepas cuci muka,kita akan rasa macam ada satu lapisan kat kulit muka tu. Tapi bila dah pakai,aku macam wow! Kulit jadi lembut uols. Paling penting, tak kering. Takde rasa ketat kat kulit muka. See,kulit muka kita tak patut rasa ketat tau.

Aku suka pencuci cetaphil ni sebab ianya tak memedihkan mata. Sesuai untuk aku. Melembabkan kulit. Aku pilih yang untuk normal skin. Kalau kulit korang jenis oily,dia ada pencuci yang khas untuk kulit berminyak.

Selalunya aku akan guna pencuci cetaphil tiapkali lepas cuci mekap. Yelah,aku selalu buat double cleansing. Remove mekap guna cleansing oil. Pastu baru guna cleanser. Kalau aku guna pencuci mula biasa,kering kontang kulit ni nanti. Yang bagusnya,ia akan menanggalkan sisa-sisa solekan di muka jugak. Cuma kalau waterproof maskara tu,harap maaf ye. Tu susah nak tanggal.

Sejak aku guna pencuci muka cetaphil ini,keadaan kulit aku bertambah baik. Dah takde mengelupas bagai. Tapi,jangan ingat pencuci ni magik pulak. Kita kena guna pastikan kita guna pencuci,toner,pelembab dan sunblock jugak tau.

Walaupun harganya agak mahal dari pencuci biasa,aku boleh guna pencuci ni dalam 8-9 bulan gitu kot. Dekat setahun aku guna sebotol ni. Sekarang dah abis dah. Sebab tu aku buat review. Hihihi. Jarang tau aku abiskan produk. So,kalau korang tercari-cari pencuci muka yang simple dan selamat untuk kulit,gunalah cetaphil gentle cleanser. Highly recommended!