Wednesday, 17 February 2016

Lipstik best giler berharga RM8.90 sahaja!

Hai.

Aku gila lipstik dan lipbalm. Dulu aku suka kumpul lipbalm tapi sekarang,aku suka kumpul lipstik. Lipstik yang aku gemar ialah lipstik mac tapi lately ni,aku cari warna lipstik tertentu. Kaler yang aku cari tu takde kat mac.

Nak tahu kaler apa? Aku cari lipstik merah yang tak terlalu merah. Merah yang campur coklat dan pink sikit. Aku bagi contoh ye...

Kalau merah+coklat = merah bata = kalau tak serasi,wajah akan nampak tua.

Merah+pink = kadang-kadang terang sangat

So,aku cari lipstik dengan satu warna ni. Macam-macam brand aku tengok. Ciri-ciri lipstik yang aku suka haruslah tahan lama,matte,tak mengeringkan bibir dan tak menyerlahkan kedutan di bibir. Pastu aku nak lipstik dari jenama yang orang pernah dengar,yelah. Kang bengkak pulak bibir kalau jenama pelik-pelik ni. Aku extremely cerewet part lipstik. Hihihi.

So,kelmarin aku jalan-jalan di watsons. Masih meneruskan misi mencari lipstik. Dan akhirnya,aku berhenti di rak Essence. Brand ni cuma terdapat di sesetengah watsons je tau. Tak semua ada.

Aku ternampak la lipliner dia. Actually essence ada 2 jenis lipliner tapi aku pilih yang long wearing lipliner dia sebab tu tak perlu diasah. Paling penting,kaler yang aku nak tu ada! Aku pilih kod Girl's Dream.







Aku dah try dah lipliner essence ni. So ini review ringkas aku ye :

Tekstur lipliner ni sebijik macam lipstik. Rasa ringan di bibir,tak berat pun.

Finishing dia matte tapi bukan matte macam nyx soft matte lip cream tu. Dia lebih kurang macam lipstik satin mac. Tak shiny ye,jangan risau.

Warna essence lip liner ini tahan lama,walaupun kita makan atau minum. Tapi makan tu beragak la. Kalau jenis makan sambil gosok-gosok mulut memangla tanggal.

Warnanya tidak terlalu terang macam mac. Tapi aku rasa ramai yang suka kaler gini sebab ianya tak terlampau menyerlah. Tapi nicelaaa..aku suka.

Lipliner ni tak menampakkan kedut/bibir-bibir pecah kita. Kadang-kadang bibir kita mengelupas. Bila pakai lipstik,nampak ketidaksempurnaan tu. Jadi bila guna essence lip liner ni,bibir menggelupas tu tak nampak. Mak suke!

Harga dia sangat murah! RM8.90 jer. Tu yang paling penting.

Cuma keburukan lip liner essence ini ialah ianya sangat susah didapati tau. Sangat susah! Good luck lah kalau korang jumpa. Heheh....aku cari sampai 3 watsons baru jumpa. Oh ye,kuantiti kat dalan dia pun tak banyak. Kalau orang bibir tipis comel,bolehlah pakai lama. Kalau bibir macam aku ni,aku rasa 3 minggu dah abis. Hahahaha..nasiblah murah.

Pasni aku nak beli kod sweetheart pulak. Kaler tu pun cantik. Doakanlah aku jumpa. Kawan ofis aku dah pesan suruh belikan dia sekali. Hehehe..aku bagi kawan try sebab benda baik kan..kenalah kongsi bersama..