Sunday, 21 February 2016

February 2016 favourite!

Hai.

Aku jenis suka beli barang. So,aku nak start bulan ni kategorikan produk yang aku suka. Boleh jadi panduan diri sendiri dan korang jugak..hehe..



1. Minyak berubat herba nona roguy (RM33, 120ml)
Tiapkali aku sakit belakang,sakit kaki..pendek kata sakit badan,aku memang guna ni. Sangatlah best! Untuk asben dan rissa pun aku guna jugak.

2. Rosken Skin Repair (RM52, 2 tube x 250ml)
Ini adalah losyen untuk kulit kering yang terbaik ever! Sejak guna losyen rosken ni,kulit aku langsung takde dry patch lebih-lebih lagi area siku atau lutut.

3. Chloe EDP (n/a)
Aku dapat miniature chloe ni masa beli majalah. Bau dia sangat lasting. Bau rose. Dulu aku tak suka bau rose tapi makin tua ni,makin gemar pulak. Hehe..

4. Lip pure metholatum (RM15) - tiada gambar
Aku suka lip balm ni. Sebelum ni aku mengalami masalah bibir yang mengelupas dan gatal. Lepas guna ni,masalah iols settle!

5. Palmer spray lotion (RM15)
Aku beli ni sebab nak elakkan stretch mark. Suka sebab senang nak pakai. Spray jer. Tapi keburukan dia,cepat habis pulak. Aritu masa beli,aku dapat diskaun 50% . Jadi rasa berbaloi laa..