Tuesday, 19 January 2016

Tia clarissa ke tadika

Hai.

Hari tu, kalau tengok kat ig atau fb,memang mostly orang update pasal anak pegi sekolah. Satu,pasal orang happy anak dia pegi sekolah. Dua,pasal orang tak happy anak orang lain pegi sekolah.

Ramai cakap awal sangat hantar anak tadika. Baru je 4 tahun. Jawapan aku senang je. Bebudak ni kat tadika bukan belajar add math,biologi, kimia bagai pun. Derang just melukis,belajar abc,menyanyi,menari..benda simple gitu. Memang aku sebagai mak boleh ajar rissa semua tu. Malah aku dah ajar pun. Tapi itu bukan main point aku hantar rissa ke tadika.

Tujuan aku ialah supaya rissa bergaul dengan orang. Sekarang ni,dia cuma bergaul dengan aku,papa dia dan nenek dia je. Sian tau bebudak nak berkawan,kita nafikan hak dia.



Okey,pagi-pagi lagi aku dah bangun pukul 4 pagi untuk bersedia. Pastu siapkan bekal rissa. Hari pertama,bagi dia bawa bread dengan peanut butter dan nutella.

6.30 pagi. Kejutkan rissa. Pastu bagi dia mandi,pakaikan uniform bagai.

7.20 pagi. Mari kita ke sekolah.



Sampai ke kat school,lepas hantar rissa masuk,aku dan suami pandang je dia dari luar. Masa ni aku rasa haih sedihnya aku. Rissa dah besar. Pastu aku masuk keta,nangisssss...apapun first day rissa ke sekolah adalah okay je. Dia takde drama ke apa..mak is lega.

Sampai sekarang,dah hampir 2 minggu,aku perasan rissa semakin peramah dan berani bersosial berbanding sebelum ni. Dia pun suka ticer dia sebab ticer dia cantik. Haraplahhh okey je sampai ke hujung tahun.

Oh ye,nak beritahu tips. Bila anak balik sekolah,tak payahlah beria tanya dia buat apa aritu. Nanti kau perhatikan je dia..mesti dia akan nyanyi lagu yang dia belajar atau sebut apa yang cikgu ajar....