Friday, 22 January 2016

Pensel yang memudahkan anak menulis

Hai.

Rissa selalu merungut yang dia penat kalau menulis. Aku ingat dia saja je mengada. Pastu,satu hari tu,aku tulis apa ntah guna pensel 2b biasa tu (yang kita guna untuk hitamkan jawapan exam masa sekolah tu), mak aih...nak tanggal jari mak ni. Penat oi. Patutlah rissa cakap penat.

Jadi aku pun bercerita kat kakak ofis ni. Anak dia dah 6 tahun so mesti dia lagi berpengalaman kan? Kakak ni kata, awak kena belikan dia pensel yang bentuk segitiga tu. Aku pun teringat yang aku ada nampak pensel bentuk segitiga ni tapi aku tak beli sebab ingatkan bentuk tu takde fungsi ke apa....

Maka untuk menggalakkan si anak dara bertuah tu menulis,marilah kita mencari pensel segitiga. Aku cari kat popular book store. Rupanya ada macam-macam jenis pensel segitiga ni. Ada yang ada grip (jenama faber castell) tapi batang penselnya kecik. Ada yang jenis besar iaitu jumbo pensel. Ada yang warna pink siap ada pemadam kat atas pensel tu. Hah yang kaler pink ni comel gile okey? Aku tak ingat brand apa tapi dia made in germany. Dia tulis pensel ini memang untuk budak 3 tahun ke atas. Sekali aku tengok harga pensel ni, RM20.90 untuk sebatang pensel. Okbai. Pensel emas ke apa mahal nau?

Pastu belek-belek lagi. Hah jumpa jumbo pensel brand stabillo. 3 batang siap free pemadam dan pemarut harga RM6.20 je. Yang ni okey. Murah dan berbaloi. Marilah kita membeli.





Hasil google mengatakan, pensel jumbo bentuk segitiga ni memudahkan budak grip pensel tu sebab jari derang kan kecik lagi. Sampai rumah,aku bagi rissa try. Nampak la dia lebih selesa guna ni berbanding pensel lama dia. Mak is lega.





Mak mak sekalian,marilah beli pensel jumbo segitiga ini untuk menggalakkan anak suka menulis. Aku rekemen sangat!