Sunday, 31 January 2016

Lipstik mac yang wajib ada!

Hai.

Aku sukakan lipstik mac. Aku suka warna dia yang tahan lama,tube hitam dia yang nampak ekslusif,bau soft vanilla dia dan pilihan warna yang pelbagai. Aku tak suka sebab dia mahal tapi ermm takpelah. Lipstik tahan setahun dua.

Kat sini aku nak listkan beberapa batang lipstik mac yang menjadi pujaan hati aku...dari segi warna dan kesesuaian dia dengan kulit kuning langsat kita. Aku tak memiliki semua lipstik ni tapi aku pernah guna kesemua yang aku akan tulis ni..

Lipstik dengan warna merah tercantik.

Pemenangnya ialah mac chili. Warna ini sangat cantik! Mac chilli ni shade dia ialah merah bata. Dia merah tapi ada coklat sikit. Tak terlalu menyerlah tapi cantik. Mac chili ni finishing dia matte tapi dia tak mengeringkan bibir. Kalau baru nak berjinak dengan warna merah,aku rekemen kaler ni. Sangat sesuai dengan tona kulit kita orang asia. Warna yang sangat tahan lama.

Lipstik dengan rona pink tercantik.

Mac impassioned. Homaigad. Warna ni bagi aku sangatlah cantikkkkk. Merah pink coral..aku jarang nampak lipstik warna ni. Finishing dia matte jugak tapi kalau dibanding dengan mac chili, chili tu lebih moist. Yang ni aku rekemen pakai lipbalm dulu sebelum apply. Tapi not so bad pun...takdelah dia buat bibir kita mengelupas.

Lipstik yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Mac flat out fabulous. Ni first lipstik mac aku. Finishing matte. Warna dia pink purple. Tak kisahlah kulit kita putih atau hitam,warna ni memang cun. Cuma ianya menyerlah,dari jauh dah boleh nampak. Hehe.

Lipstik yang buat kita cantik dan seksi.

Mac russian red. Hahaha..siyes tau. Asben aku cakap kalau aku pakai russian red ni nampak seksi gitu. Finishing matte. Warna dia merah,deep red. Merah semerah merahnya. Yang bagusnya tentang lipstik merah ialah ianya akan membuat muka kita nampak cerah dan gigi kita nampak putih. Ni one of best selling mac lipstick tau.

Lipstik yang boleh pakai hari-hari.

Mac twig. Sekarang kan trend orang guna lipstik nude/rona coklat ala-ala kylie jenner tu. Orang dah tak berapa guna dah lipstik merah menyala. Untuk kulit aku,aku sukakan mac twig ni. Shade dia merah coklat.

Actually ada beberapa lipstik nude mac yang aku suka. Antaranya ialah kinda sexy,mehr,whirl,velvet teddy,taupe,persistence...semua tu kaler lebih kurang je. Tapi nak pilih warna yang sesuai tu leceh sikit. Sebab bergantung pada warna kulit dan warna bibir kita yang asli. Macam aku,aku suka kinda sexy tapi bila aku pakai,muka aku nampak pucat. Whirl pun lawa tapi bila pakai,aku nampak macam perempuan jahat. Velvet teddy antara kaler yang best seller tapi bila aku pakai,nampak macam aku tak pakai lipstik langsung. See? Susah kan nak cari yang sesuai?

Aku tengah cari lipstik oren yang sesuai tapi dengan keadaan rona kulit aku,susah nak cari warna oren yang best...hmm...

Okey,aku selit sikit ye beberapa contoh lipstik yang aku ada dan jadi feveret aku...Yang ala coklat tu twig, tengah flat out fabulous dan merah tu russian red..