Friday, 1 January 2016

Azam 2016

Hai.

Selamat tahun baru!!!!
Rupanya aku tak pernah buat entri pasal azam aku sejak ada blog ni. Hehe.
Jadi start tahun ni,mari kita buat...

Aku berazam nak jadi orang yang lebih rajin. Ye,aku ni pemalas nak mampus. Jadi,tahun ni kena lebih rajin ye. Jangan nak malas-malas lagi. Tak lama lagi dah nak jadi mak anak dua kan?

Nak jadi lebih teratur. Aku siap dah beli planner dengan harapan aku akan jadi lebih organized. 2016 ni aku akan sibuk dengan tugas sebagai mama. Rissa dah sekolah,baby baru akan lahir. Jadi aku perlukan hidup yang lebih teratur.

Banyakkan memasak. Aku yakin semua barang akan mahal mulai 2016 jadi banyakkan makan di rumah,kurangkan makan di luar.

Bercuti. Last year pegi langkawi. Mac nanti,ada plan untuk bercuti dengan kawan-kawan. Dekat je pun. Jadi marilah kitaaaaa..

Berjimat dan banyakkan menabung. Seriously,ini wajib. Aku risau dengan keadaan ekonomi sekarang. Jadi memang kena banyak menyimpan. Aku tak nak nanti anak-anak susah.

Itu jelah azam aku tahun ni. Tak payah banyak sangat pun. Azam nak kurus pun simpan jelah. Malas nak buat.Hahaha..