Wednesday, 20 January 2016

Apa dalam beg mekap aku?

Hai.

Aku dah genap 28 tahun pada 17 januari lepas. Jadi bila dah semakin tua ni,aku semakin berhati-hati terhadap sebarang kosmetik yang aku letak kat muka. Yelah,kulit kena jaga kan....



Barang mekap aku tak banyak. Ini jer. Dulu aku guna bedak in2it tapi lepas dapat sampel mac lightful,aku terus guna tu. Bedak dia sangat best,guna sikit je muka dah flawless. Tapi harga dia pun boleh buat mak pengsan,hahahhaa..takpe. Kita guna benda free dulu.

Untuk lipstik,mac jadi pilihan aku sebab ianya tahan lama dan tak mengeringkan bibir. Aku ada 4 batang, flat out fabulous,chatterbox,russian red dan girl about town. Sekarang aku tengah cari nude lipstick yang aku boleh guna hari-hari. Tengoklah nanti kalau dah beli aku share.

Eyebrow liner,aku guna silkygirl (dark brown) dan sasatine. Eyebrow liner ni so so jer..takdelah hebat gile tapi oklah bagi aku. Tapi antara benda paling wajib aku guna ialah eyebrow liner sebab aku takde kening.

Blusher. Aku suka blusher warna coral. Aku ada 2, satu dari catrice (mandy rine) dan satu lagi tu aku tak pasti brand apa. Hahaa..tapi murah jelah. Aku beli online.

Bronzer. Ni pun aku guna jenama catrice. Aku suka pakai bronzer sebab dia bagi efek pipi aku kurus. Bronzer ni bagus,tahan lama. Harga dia tak silap aku RM17.

Oh ye,blusher dan bronzer catrice tu boleh didapati di guardian sahaja tau.

Maskara. Aku guna maybeline. Kekadang guna silkygirl. Sama je pun dua-dua ni.

Eyeliner. Aku jarang guna eyeliner sebab malas nak remove. Tapi aku pakai silkygirl dan maybeline hypersharp tu.

Lipbalm. Tentulah aku pilih lipbalm favourite yang aku dah guna sejak 2007 iaitu in2it.

Bb cream. Sesekali aku guna bb cream dari peripera ni. Light coverage,sesuai untuk tona kulit aku.

Erm,tu jelah kot. Aku biasa mekap dalam 10 minit je. Malas nak mekap tebal-tebal.

Okey,bye!