Tuesday, 27 October 2015

Tutorial menyimpan wang di ASB menggunakan Maybank2u

Hai.

Jarang aku nak taip entri gini. Hehe. Okeylah, selalunya kalau kita nak simpan duit kat asb, kita kena pergi bank atau pejabat pos kan? Sebab asb mana boleh transfer bagai ni. Aku pulak jenis suka simpan duit di asb sebab aku jenis malas nak pergi bank. Jadi kemungkinan untuk aku guna wang simpanan aku tu untuk shopping adalah kurang. Bahahaha... Hinggalah suatu hari, kak Mimy inform aku yang kita boleh transfer duit melalui maybank2u....mak is excited! Senang aku nak simpan duit. Lepas gaji je, simpan duit siap-siap.

Aku sertakan gambar siap-siap yer.

Langkah 1 :

Login ke maybank2u macam biasa. Haruslah kan..hehehe..

Langkah 2 :


Nanti page macam ini akan keluar. Click kat Investment.


Langkah 3 : Seterusnya click ASNB Unit Trust.


Langkah 4 :

Untuk yang belum daftar akaun asb, korang click kat button add tu. Masukkan nama dan nombor akaun asb. Nanti dia akan request TAC macam transaction yang lain tu. PASTIKAN NOMBOR AKAUN TU BETUL YE. Kalau dah settle, click di ASNB Payment. Nampak kan kat gambar tu?


Langkah 5 : Kita boleh masukkan beberapa akaun. Kot la nak masukkan akaun suami ke,mak ke,anak ke...semua pun boleh. So part ni, pilihlah akaun mana yang kita nak tu. Then click continue.


Langkah 6 : Ini terms and conditions. Tak payah baca pun takpe. Click je continue.


Langkah 7 : Masukkan amaun yang kita nak simpan. Tekan continue.


Langkah terakhir : Tekan confirm then siap!!

Satu je keburukan menyimpan wang di ASB ni iaitu update dia lambat. Lepas seminggu dua, barulah wang kita confirm masuk akaun asb. Tapi dia memang confirm masuk pun. Jangan risau yeeee...

Ok,tu je tutorial kita kali ni. Babai.....

p/s : maafkanlah butang seach aku pasal seqy beauty tu, mak nak cari skincare baru nokss..hahaha..

Saturday, 24 October 2015

Keperluan vs kehendak

Hai.

Bila sudah semakin berusia ni,aku makin sedar bahawa adalah sangat penting untuk kita menyimpan duit. Untuk emergency. Aku dah kerap kali memerlukan duit dan time tu,aku blur sebab takde wang simpanan.

So yes,matlamat tahun baru aku ialah untuk menyimpan duit. Aku ni bukan jenis yang pandai berniaga. Tak minat pun sebenarnya. Jadi apa yang penting ialah aku kena manage duit sendiri elok-elok.

Sekarang aku sedang usaha simpan duit untuk beli keperluan berpantang dan breastpump. Kalau dah settle dua benda ni,mak is okey.

Friday, 2 October 2015

Tips mudah menjaga gigi anak

Hai.

Rissa sekarang dah hampir 3 tahun.
4 hari lagi genaplah 3 tahun anak dara mama tu.
Aku nak share mengenai tips menjaga gigi anak sebab masa aku check up pregnancy hari tu,doktor gigi tu kata kesedaran mengenai gigi ni sangat kurang dalam kalangan rakyat malaysia ni. Sepatutnya dari kecil dah kita menitikberatkan penjagaan gigi....

3 tips mudah menjaga gigi anak.

1. Mulakan dari dia lahir.
Rissa memang fully bf sehingga dia 6 bulan. So,lidah dia taklah ada benda yang putih-putih tu dengan teruk. Tetapi sebagai pencegahan,tiapkali memandikan rissa,aku akan bersihkan gusi dan lidah dia menggunakan napkin basah. Napkin tu aku basahkan guna air suam. Yelah,takkan air paip kottt..nak masuk mulut baby kan..

2. Beli berus gigi seawal yang mungkin.
Aku memperkenalkan rissa pada berus gigi sejak dia pandai pegang barang. Masa tu aku beli yang tommie tippie tu. Yang ada 3 berus untuk 3 peringkat tumbesaran. Bila dia dah besar (dah berusia 2 tahun) aku introduce ubat gigi pulak.

3. Jangan mengharapkan keajaiban.
Kau ingat rissa akan tersenyum suka tiapkali berus gigi??? Kirim salam. Dulu sampai bergaduh menangis meraung muntah pun sume ada...sebab dia tak nak berus gigi. Tapi aku paksa. Cakap kalau tak berus nanti gigi kotor ada monster. Kalau part gigi memang aku sangat tegas dengan rissa. Wajib berus gigi dan lidah tu. Wajib!!!!

Berus gigi rissa memang aku akan tukar sebulan sekali. Buat masa ini dia suka berus gigi pororo. Jadi dia dah ada berus gigi semua watak dalam pororo tu macam harry,krong,lupi,pororo,tobi...eh sapa ntah nama derang tu....

Ubat gigi pulak aku bagi rissa ubat gigi cosway untuk budak. Rissa tak nak ubat gigi lain. Nak ni je. Jadi mak pasrah walaupun satu tiub kecik RM5..

Sebagai parents,aku memang merasa tanggungjawab menjaga gigi anak terletak pada ibu bapa. Rajinlah belek gigi anak. Jangan bagi anak makan benda manis sangat. Jangan bagi anak tidur dengan botol susu dia mulut. Jangan bagi anak gigit benda yang terlalu keras kang pecah pulak gigi tu. Macam rissa ni dia suka gigit benda....contohnya rantai dia. Dia dah putuskan 4 rantai setakat ini. Haih! Nasib gigi tu elok lagi..

Oklah,bye. Jom jaga gigi anak kita!