Thursday, 27 August 2015

Second pregnancy

Hai.

Nak share benda simple jer..
Hehehe..
Aku pregnant lagi.
Syukurlah.
Memang aku nak tambah anak.
Yelah rissa dah besar kan...aku pun plan nak tutup kilang sebelum umur 30.
Jadi sedang eloklah dua anak ni.
Doakan semuanya selamat tau..

Saturday, 22 August 2015

Tadika pilihan untuk rissa

Rissa dah 4 tahun next year..
Jadi aku rasa eloklah hantar dia ke tadika.
Dia pun dah excited nau tu.
Kami tinggal di bandar jb jadi tadika kat sini agak limited sebab kebanyakan tadika berada di area perumahan.
Masa cari tadika,ada beberapa perkara yang aku tetapkan.

Lokasi. Aku nak tadika yang dekat dengan rumah. Supaya senang aku dan suami nak hantar dan ambil rissa.

Ada kelas mandarin. Bila rissa darjah 1,kami suami isteri memang nak masukkan dia ke sekolah cina. Aku sebenarnya cari tadika cina tapi takde. Kebanyakan tadika area bandar jb ni english medium.

English medium. Rissa belum pandai berbahasa melayu. Di rumah,kami berkomunikasi dalam bahasa inggeris dan iban sahaja. Jadi kalau tadika dalam bahasa melayu,sian nanti rissa.

Tidak sesak. Aku nak kelas yang tidak terlalu ramai pelajarnya. Aku ada pergi ke satu tadika ni,pelajar dia dalam 20 lebih orang per cikgu,which is aku rasa tak patut. Sebab rissa baru start sekolah so aku rasa kenalah cari kelas yang kecil. Senang cikgu bagi tumpuan pada murid.

Keselamatan. Extremely penting. Kelas derang kenalah child proof. Sekolah pun wajib bersih.

Ada transport. Yang ni aku dan papa rissa belum decide sepenuhnya. Sama ada kami akan ambil rissa pegi dan balik sekolah atau camna. Tengoklah nanti. Tapi memang aku purposely pilih tadika yang ada sediakan transport untuk bebudak.

Tadika yang mesra pelanggan. Aku expect yang aku akan berkomunikasi dengan teacher rissa secara kerap so memang wajibbbbbb teacher kat situ kena mesra.

Setelah mengambil kira semua faktor di atas,kami bersepakat memilih tadika nuri. Cuma lokasinya agak jauh dari rumah. Iskkk risau jugak aku asyik lambat masuk kerja nanti.

Kenapa pilih nuri kindergarten ni?

Kelas dia ada 15 orang je.
Environment dia nampak fun untuk rissa.
Aku dah pegi situ,nampak okeylaa..

Next week aku daftar tadika rissa.
Harapnya semua ok jer..