Sunday, 17 May 2015

My perfect red lipstick

Hai.

Nak mencari warna lipstik merah yang sesuai untuk diri sendiri adalah susah,bagi akulah. Sebab merah ni ada macam-macam. Aku ada cuba beberapa lipstik merah tapi bila aku pakai,aku end up macam pelik. Tak sesuai. Aku ada sorang kawan ni, dia memang pengumpul tegar lipstik..so aku try lipstik merah dia..

Hasilnyaaaa...aku suka sangat. Nak tahu lipstik apa? Aku guna lipstik russian red mac. Russian red ni memang best seller mac..warna merah dia ada blue undertone,sesuai untuk semua warna kulit. Dia bukan merah macam merah cili tau. Dia merah yang deep red...yang cantik sangat bagi aku.

Apa yang aku suka tentang russian red ni ialah ianya matte finish,tak berkilat tapi tak mengeringkan bibir. Apa pun,aku tetap pakai lipbalm terlebih dahulu sebelum pakai lipstik ni. Ianya sangat tahan lama,5-6 jam masih tahan. Pakai sikit jer boleh nampak merah. Aku dab dab kan lipstik ni ke mulut pun dah nampak merah. Tapi kalau nak nampak seksi,pakai banyak sikit. Hehe..

Aku ingat gaji ni nak beli russian red ni lahhh...kalau korang tengah cari lipstik merah yang sesuai untuk semua tona kulit,trylah russian red. Best gilerrr!

Pasni nak cari lipstik yang kaler natural pulak....hehe. Sedikit tips,bagi aku bukan jumlah lipstik yang penting tapi kesesuaian lipstik tu untuk kita. So carilah lipstik merah,pink dan nude yang sesuai untuk kita. Ok bye!

Wednesday, 6 May 2015

Tips mudah mengajar anak memberus gigi

Hai.

Aku mula ajar rissa berus gigi sejak gigi dia tumbuh. Aku memang jenis sangat cerewet pasal benda-benda gini. Aku tak nak gigi rissa rosak,tak nak mulut dia busuk,tak nak lidah dia kotor..hahaha,nampak tak betapa cerewetnya mak ni? Oklah...aku share sikit tips ajar rissa.

1. Untuk permulaan,cari lagu memberus gigi. Pastu hafal. T_T
Aku search kat youtube tau lagu ni. Lagu kartun dibo brush your teeth. Lagu tu konsepnya pas makan kena brush your teeth,kalau tak nanti monster ada dalam gigi. Jadi aku memang cakap kat rissa....gigi rissa ada 2 ekor monster...omg! (Insert muka ketakutan di sini) pastu cakap kat dia..kena berus! Pastu nanyi lagu dibo tu. Bila dah siap,suruh dia buka mulut. Pastu kau pura-pura lah cakap ohhh no more monster...

2. Belikan anak berus gigi yang comel yang dia minat.
Katalah anak korang minat mickey,maka belikanlah dia berus gigi mickey mouse. Rissa suka pororo. Jadi aku belikan dia berus gigi pororo walaupun sebatang tu 16 hengget..pfft berus gigi mama pun 5 hengget je tau rissa..Aku memang sangat rekemen berus gigi ni sebab dia comel,lembut dan sesuai untuk kanak-kanak baya rissa. Tapi hanya available di carings pharmacy je yer.

3. Gunakan ubat gigi yang sesuai.
Ubat gigi kanak-kanak ada pelbagai flavour. Korang kena ikut selera anak. Jangan anak tu suka perisa strawberi,kau belikan dia pisang. Kena bagi galakan ye ibu-ibu..untuk rissa,aku belikan ubat gigi kanak-kanak cosway.

4. Berus gigi depan anak.
Ibu bapa adalah cermin anak. Jadi kalau nak anak berus gigi,kita kena jugak berus gigi depan dia. Ulang setiap hari,setiap kali. Nanti dia pasti akan ikut. Mudah-mudahan. Contohnya,aku sentiasa berus gigi depan rissa. Sekarang dia pastikan kalau dia berus gigi,aku pun kena jugak berus gigi. Selalunya,aku kena berus gigi sampai 2 kali semata-mata nak pastikan dia berus gigi.

5. Berkeras dengan anak. Kalau mulut dia busuk,bagi reaksi cam kau geli sangat.
Guna ayat camni...rissa,gigi mama cantikkan?Rissa nak gigi cantik macam mama kan? Beruslah gigi..

Kita kena galakkan dia berus gigi. Jaga kebersihan gigi tu. Tapi kalau cara tu tak jalan...

6. Sila keraskan hati. Paksa dia.
Aku ni selalu jer paksa rissa berus gigi. Dia nangis melalak tak nak berus. Aku buat pekak jer dan berus gigi dia. Tapi tak payahlah dia jerit,kau pun jerit sama. Orang dengar ye...malu sikit.

7. Last sekali,jangan sekali-kali bagi anak makan lolipop. Jangan bagi dia sedut susu sampai dia tertidur. Sebab tu boleh menyebabkan karies gigi. Kita sebagai mak kena monitor gigi anak tau. Tu tanggungjawab kita tu...hehehe...

Ok bye..

Sunday, 3 May 2015

Resepi : Ayam masak kicap lima bersaudara

Hai.

Ayam masak kicap ni ada pelbagai resepi. Hari ni,aku terfikir nak test satu lagi cara masak ayam kicap yang sangat simple. Hah,ini resepinya..

Bahan-bahannya :

3 ketul ayam bahagian punggung
Seulas bawang besar
2 cm halia
Sebatang serai
Kicap manis
Kicap masin
Sedikit sos tiram.
Dan bahan utama kita ialah rempah 5 sekawan..yang ada bunga lawang bagai tu..aku beli sepeket siap-siap.

Cara-cara :

1.Blend bawang,halia dan serai.

2. Tumis rempah 5 sekawan hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan blend.

3. Masukkan ayam. Gaul ayam dan biarkan hingga ayam separuh masak,masukkan kicap dan sos tiram.

4. Tunggu hingga ayam keluar jus dia sendiri. Masukkan sedikit air.

5. Perlahankan api. Biarkan ayam lebih kurang 20 minit. Aku saja bagi lama sebab nak ayam tu empuk. Sedia dihidang!

Ayam ni sesuai untuk budak-budak jugak sebab tak pedas. Sedap woooo! Silalah cuba..

Saturday, 2 May 2015

Best foundation ever!!!!

Hai.

Aku sebenarnya bukanlah kaki foundation. Aku lebih prefer guna bb cream. Pastu kalau aku nak,aku sapu two way cake sikit. Kalau aku tak nak,aku pakai jer bb cream. Sebab masalah muka aku ialah tona tak sekata dan pori-pori yang sebesar kawah gunung berapi...pftt! Apa yang aku perasan,kalau aku guna two way cake semata-mata,pori-pori aku jadi obvious giler tau. Tak tahulah itu sebab aku silap beli two way cake atau kulit aku problem ke apa..

So selepas menggoogle selama seminggu lebih,aku ada 2 pilihan untuk liquid foundation ni. Aku perlu memilih di antara borjois healthy mix foundation dan revlon colorstay foundation. Okey ada 3 sebenarnya tapi satu ni terkecuali sebab mahal. Foundation mac...tu pun best tapi harga dia ehemmmm takpelah..tunggu mak cik kaya kang.

Aku list down apa perbezaan di antara borjois healthy mix foundation dan revlon colorstay foundation. Ini hasil google dan lepas aku check tester di watsons.

Harga. Revlon ni harganya RM66, borjois pulak RM56. Borjois hanya terdapat di watsons terpilih saja ye. Tapi aku beruntung sebab kat JB ni berlambak watsons yang jual borjois.

Shades. Aku banyak refer blog wiida ribbon dan sabrina tajuddin untuk cari shade foundation yang sesuai untuk aku. Untuk kulit aku,aku paling match dengan kaler vanilla 52 (borjois) dan sand beige 180 (revlon).

Coverage. Revlon boleh cover better dari borjois.

Penutup. Ini masalah besar. Revlon tiada penutup yang boleh dipam seperti borjois. So nak guna revlon memang agak tricky.

Tapi perkara yang menyebabkan aku memilih revlon ialah tekstur dia. Healthy mix foundation agak cair manakala revlon colorstay ni just nice je. So aku pilih revlon.

Perkara yang paling annoying mengenai foundation ialah kita kena cari yang warnanya exactly warna kulit kita. Which is sangat susah sebab kulit aku jenis yellow undertone. Dan kebanyakan foundation pulak untuk orang yang berkulit pink undertone. Selama ni aku tak perasan tapi rupanya bila kulit kita kuning langsat dan kita pulak pakai bedak kaler beige atau nude atau natural,muka kita pink,leher kita kuning. *cry me a river*

But its okey...dah 8 tahun pakai bedak baru perasan. Pffttt..janji sekarang dah jumpa foundation yang untuk yellow undertone. So kalau sesiapa yang berkulit kuning langsat tu,korang boleh cuba revlon colorstay sand beige ni tau. Aku memang suka sangat....

Dia nampak natural,tak bercapuk,tahan lama dan waterproof. Aku pakai ni masa senam pun muka aku relax jer....kau hado pakai foundation masa senam?? Hahahaha..

Tapi tips paling penting,bersihkan foundation ni betul-betul. Nanti tak pasal-pasal jerawat pulak. Gambar kat bawah ini ialah testimoni aku pakai revlon colorstay foundation. Gambar ni diambil dah pukul 6 petang tau. Aku pakai foundation dari pagi dan masa ni aku memang guna liquid foundation saja,tak pakai bedak pun. Nampak natural tak? Hahaha.