Wednesday, 22 April 2015

Sejauh mana GST mempengaruhi kehidupan?

Hai.

Hari ni dah 22 hari dah kita semua dikenakan GST. Aku nak cerita kesan gst ke atas aku. Dan nak cerita adakah betul bahawa gst ini tidak membebankan seperti yang diperkatakan oleh menteri....tettt!

1. Susu rissa dah naik harga. Kalau dulu, RM20 boleh dapat sepeket susu dia, tapi sekarang paling murah pun RM22. Tu masa offer tau. Selalunya susu rissa aku beli di tesco online je sebab senang. Takde servis caj. Macam pagi tadi, aku bangun jer terus buka tesco online. Klik-klik sana sini survey barang sambil susukan rissa...pastu done! Jumaat ni, sampailah barang aku..

2. Disebabkan semua barang dah naik so aku plan nak downgradekan astro aku. Dah 2 minggu aku tak tengok runningman dan food network channel. Huwaaaa...terus rasa tak best langsung. Asben pun cakap boring tak tahu nak tengok apa. Sempat jugak aku cakap kat dia...aik,awak cakap nak tengok sports channel aje. Kan dah ada tu. Tengoklah.. Dia jawab takkan nak tengok sport 24/7?

Maka,tadi jugak aku call astro semula. Cakap yang aku nak sambung balik astro superpack 1 aku. Sekarang bulan-bulan kena bayar RM152 lebih kurang. Nak sangat tengok runningman,pasni kena tolak stok mekap. T_T

3. Makan luar. Haih. Aku kena kurangkan makan luar sebab mahal uolssss..dulu bolehlah aku makan kat tempat macam secret recipes, paparich bagai..sekarang makan tahap kfc, mekdi jer. T_T

Sebab semuanya mahal giler. Memang gst dan service charge sebelum ni sama jer tapi derang ni sume naikkan harga makanan. Kalau dulu sepotong kek RM6.80...sekarang RM9. Ok fine.

4. Topup. So far topup tak memberi kesan ke atas aku sebab mak cik kedai kat ofis aku ni masih jual harga topup seperti biasa. Takde caj gst. Syukur!

5. Masak kat rumah. Hah,sejak semua barang naik harga,aku cuba pastikan yang aku masak kalau time weekend. Hari tu masa pegi piknik kat pantai pun,aku siap masak nasi ayam. Ko hade? Aku ni kan selalunya pemalas. Pleaselah aku nak masak bagai untuk piknik..tp nak jimat punya pasal kan..

6. Pergi ke shopping mall. Kalau dulu,seminggu sampai 2 kali aku pergi aeon tapi sekarang ni dah 3 minggu tak pegi aeon. Kat sana kan barangnya mahal. Aku pegi UO jer.

7. Barang mekap. Haih! Aku pakai barang murah je sekarang. Unless kalau ada rezeki lebih sikit,barulah aku beli barang yang mahal. Tapi untuk skincare,so far aku masih maintain barang yang sama. Sebab dah serasi.

Okeylah,tu jer perbualan kita hari ni. Bye!

Tuesday, 21 April 2015

Resepi ikan goreng kicap simple dan sedap

Hai.

Rissa tak berapa suka makan ikan. Err...aku pun. Sebab bau dia tak best,pastu rasa dia pun plain gitu jer. Jadi untuk menarik perhatian dia memakan ikan,aku buat resepi simple ikan goreng kicap ni. Aku saja je tak buat berkuah macam orang selalu buat tu sebab aku nak ikan ni rasa rangup. Ini resepinya....sebelum tu diingatkan aku ni amatur dalam masakan ye..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah 6 ekor ikan selar kuning,3 cm halia, sebiji bawang besar, 3 ulas bawang putih,minyak untuk menggoreng,kicap manis,kicap masin dan sedikit garam.

Cara-caranya :

Siang ikan. Gaulkan dengan sedikit garam.

Goreng ikan hingga masak. Ketepikan.

Blend halia dan bawang. Tumis hingga naik bau.

Masukkan sedikit air ( dalam setengah cawan), masukkan kicap dan garam. Tunggu hingga mendidih.

Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan siap!

Simple kan? Hasilnya,rissa suka sangat ikan ni. Sebab dia rasa manis-manis gitu. Dua ekor ikan dia makan sorang...asben pun suka. Hehe..Kalau nak tambah cili,boleh aje. Ikut seleralah kan...

Ok bye dan selamat mencuba!

Sunday, 19 April 2015

Tia clarissa dan tantrumnya


Fuh, aku tak sangka yang satu hari, aku akan tulis pasal rissa dan tantrumnya. Sekarang ni rissa dua tahun enam bulan.Rissa, seperti yang semua boleh agak, perangainya lebih kurang aku. Dia lemah lembut, baik hati and all (bahahahaha,puji anak sendiri takpe kan?). Tapi lately ni, bila weekend jer, aku perasan satu benda. Rissa sangat meragam.
Semalam, aku nak bagi rissa dinner. Dah sedia siap-siap semua makanan, aku suruh dia duduk sebab aku nak suap. Jawapan dia, NO! Okey takpe, aku pujuk lagi. Makanlah sikit, mama bagi fish. Kita tengok sheriff callie. Dia jerit No pastu hentak-hentak kaki sambil silang lengan terus lari masuk bilik. Pastu nangis…

Setengah jam kemudian…………..

Aku ignore dia tapi dia ikut aku. Mama mama mama… Aku dah bebel cakap mama tak suka rissa macam ni. Kenapa tak makan? Rissa nya tarik aku masuk bilik sebab dia nak cium nenen. =.=

Setengah jam kemudian lepas drama tepuk-tepuk bontot dia, lepas aku pujuk-pujuk nyanyi bagai…..

Mama : Rissa want to eat?
Rissa : I want ice cream. (senyum gembira)
Mama : We eat rice and ice cream okey?
Rissa : Okey.

Hah, tu baru makan. Belum lagi part mandi. Pergh dia punya nangis macam aku pulak pukul dia. Kecik besar je aku pandang budak ni. Tapi apa yang aku perasan rissa camtu dengan aku jer. Dengan papa dia elok jer. Ok fine.

Bertabah jelah aku. Yelah, anak ni hanya pinjaman kan? Bila-bila je Tuhan boleh tarik balik nikmat tu..

Thursday, 16 April 2015

Review : Lipstik Mac Chatterbox

Hai.

Aku nak buat review lipstik mac chatterbox ni. Sebenarnya kalau disuruh memilih,aku lebih suka lipstik merah berbanding pink. Tapi kawan aku suggest colour ni. Cantik katanya. So,marilah kita try.

Apa yang aku suka? Aku gemarkan warna pink lipstik ini yang sangat cantik. Chatterbox ialah warna lipstik yang sangat soft, pink merah...cantik! Lipstik ini adalah dari range amplified creme jadi ianya tidak matte. Aku boleh sapu terus je lipstik ini di bibir tanpa sapu lipbalm dulu. Ianya langsung tak mengeringkan bibir. Yelah, nama pun creme. Suka punya pasal,aku pakai lipstik ni tiap ari. Mak sukerrrr!! Kalau nak bandingkan dengan warna lipstik nyx, kaler ni lebih kurang smlc istanbul.

Apa yang aku tak suka? Hmm. So far aku tak suka sebab dia tahan 3-4 jam sahaja. Sobsss..satu lagi, harganya mahal. Tapi takpelah, boleh pakai lama kan?

Kesimpulannya? Warna chatterbox ini sesuai untuk yang berkulit cerah atau kuning langsat. Kalau yang kulit sawo matang tu, dia akan membuatkan wajah kita nampak pucat. Aku highly recommend lipstik mac chatterbox untuk uols yang kulit cerah. Pink dia lawa,muka kita pun nampak lembut jer bila pakai..

Bye!

Sunday, 12 April 2015

Apa yang diperlukan dalam sebuah smartphone?

Hai.

Dalam entri sebelum ni,aku ada cerita pasal hp aku. Pastu semalam,ehhhh tetiba hp aku cam rosak. Volume key dia bergerak sendiri. Kejap besar, kejap kecik. Nebes pulak aku. Jadi aku dah semalaman sampai ke pagi ni survey hp yang aku mahukan.

Apa yang aku cari dalam sebuah handphone?

1. Front camera wajib 5mp ke atas
Aku kan selalu selfie. Jadi aku memang pentingkan kamera. Kualiti gambar yang best adalah sangat penting bagi aku. Tapi aku tak suka effect kamera yang macam oppo. Aku tak suka gambar yang ada 360° tu sebab ntah. Muka aku pelik gila kalau ambik gambar guna 360°.

2. Tak nak yang ada built in memory.
Aku pernah dengar orang kata hp yang built in memory ni cepat rosak. Kalau rosak,nanti sume data dalam tu hilang. Kalau guna memory card,at least ada memory card kan...

3. Nak yang saiz 5 inci ke atas.
Aku suka saiz macam note 2 sebab tangan aku jenis besar. Kalau yang kecik,susah nak tekan keypad.

4. Boleh buat video call.
Oh come on. Walaupun aku jarang buat video call tapi aku tak nak hp yang tak boleh buat video call. Hahaha.

5. Handphone tu haruslah tahan lasak.
Yelah,dengan rissa yang selalu jatuhkan hp mama dia ni...pastu dengan aku sendiri yang asyik jatuhkan hp. Makanya hp tu kena tahan lasak.

6. Nak bateri yang tahan lama.
Kalau boleh aku nak bateri yang tahan 24 jam. Tu jer. Aku penat sehari asyik caj hp sampai 2 kali. Haih!

Hah,itu jer yang aku pinta. Aku harap sangat ada hp camni. Aku baca blog ben ashari,dia kata sony z3 tu best tapi tadi aku tengok...aku cam tak suka shape sony tu sebab dia jenis memanjang,bukan lebar ke tepi macam note 2 aku sekarang..

Jadi camna ni? Apapun tadi aku dah beli hard disk kat lazada. Prepare siap-siap takut hp aku tetiba kong. Hmm..duit oh duit. Eh hp kena gst eh?

Friday, 10 April 2015

Note 2 kesayanganku

Hai.

Seperti juga kebanyakan orang,aku dan handphone adalah seperti kembar siam. Aku bawa hp ni kemana saja, termasuk ke tandas. Jarang sangat hp ni jauh dari aku,unless kalau kat rumah. Hah,kalau kat rumah aku memang elakkan pegang hp...sebab nanti rissa nampak,dia pulak nak. Aku bukan kedekut tak nak bagi rissa ye tapi dia kan masih kecil so aku control penggunaan hp rissa.

Kebelakangan ni, hp aku asyik keluar notification. Katanya dah running out space. Memory card aku memang dah lama full. Sekarang memory phone pun dah full. Hah,acaner ni?

Bila buka phone,aku tengok aku ada 98 video dan beribu gambar. Ok fine! Tu belum masuk gambar yang aku upload kat ig...pastu masuk folder ig dan ada jugak dalam gallery. Double photo. Belum masuk lagi kalau ambik gambar selfie....ambik gambar 10 keping tapi upload sekeping jer sebab motifnya adalah ambil gambar yang kita nampak cantik dan kurus. Walaupunnnnnn.........

Kawan aku suggest beli hardisk. External hardisk. Aku tengok paling murah pun RM200. Haih apa mahal sangat! But again,aku sedar..powerbank dan hardisk adalah antara eksesori tambahan yang wajib ada zaman sekarang.

Aku dah lama beli hp ni. Februari 2013...hadiah valentine masa tu. Suka sangat sebab kualiti gambarnya bagus,hp ni pun tahan lasak. Ni rasa nak beli lagi sebab dah boring guna note 2. Ok bye! Kahkah...

Nah aku belanja gambar hp aku satu!

Tuesday, 7 April 2015

Pencarian pampers untuk big size baby

Hai.

Antara masalah aku dengan rissa ialah aku susah nak cari pampers yang sesuai untuk dia. Sebab rissa ni,walaupun badan dia takdelah bambam mana tapi bontot dan peha dia besar... #ikutmamalettew

Aku dah cuba drypers xxl..tapi drypers tu jenis yang dia panjang ke bawah...bukan lebar ke tepi. Rissa ni badan dia lebar ke tepi. So walaupun dia guna drypers xxl,ketat kat dia. Pastu aku try belikan rissa pampers jenis pants tapi ketat jugak. Sian anak mama.

Last sekali,aku tanya kawan aku yang anak dia jenis big size jugak. Tanya dia...anak dia pakai apa. Dia kata guna mamypoko. Masa rissa kecik,memang dia guna mamypoko. Dah dia masuk setahun ke atas je aku pakaikan rissa drypers.

So aku pun beli mamypoko saiz xxl. Yang bagusnya,mamypoko ni dia bagitahu xxl ni untuk berat 17-25 kg. Pampers lain,dia akan tulis 17kg dan ke atas.
Mamypoko xxl ni dalam dia ada 36 keping, masa ku beli aritu..harganya ialah RM120 untuk 3 peket. Mahal sikit berbanding drypers tapi takpelah demimu anak..

First try kat rissa....waaaaa muat hokey. Muat dengan elok. Pastu aku pakaikan malam,sampai ke pagi kering je bontot anak kesayangan mama tu. Jadi pasni memang aku pakaikan rissa mamypoko jelah. Kalau ada jumpa pampers lain,mungkin aku try.

Tapi siyes,kalau ada yang ada masalah cari pampers untuk anak yang big size ni,trylah mamypoko. Confirm puas hati!

Aku fully recommend mamypoko.. 😍