Tuesday, 31 March 2015

40 tips selamatkan wang menjelang GST

Menjelang 1 April 2015.. Hari keramat dan bersejarah buat semua Rakyat Malaysia.

40 cara untuk SELAMATKAN WANG anda di tahun 2015 yang agak mencabar ini. 

Tips ini telah dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yang kini juga merupakan seorang penulis buku Mudahnya Beli Rumah.
Kita ikut tips beliau di bawah.

SELAMATKAN WANG ANDA

Lantaklah orang kata apa, yang penting kita jimat belanja. Tarik nafas dan bermulalah:

1. Belanja kurang dari pendapatan
2. Cari cara buat duit lebih
3. Ubah gaya hidup
4. Rancang kewangan anda
5. Mulakan menabung EMAS FIZIKAL
6. Batalkan kad kredit
7. Kurang cakap di handphone
8. Cari hobi yang tambah pendapatan
9. Hadiahkan diri dengan simpanan
10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli
11. Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun”
12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang
13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa.
14. Nikmati hiburan percuma
15. Kekal prestasi cemerlang
16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu.
17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall
18. Berhenti merokok
19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat
20. Makanan bukan untuk dicuba
21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran
22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan
23. Sediakan dana pelaburan
24. Jangan mudah putus asa
25. Jangan salahkan panda bila kita susah.
26. Barang terpakai bukan dosa.
27. Beli Baju di Mydin pun kacak juga
28. Beli secara tunai
29. Jangan jadi hamba faredadee
30. Jangan jadi hamba honda city
31. Guna moto itu ranggi
32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman
32. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma
33. Lupakan impian tambah Nelopah
35. Kereta kecil tetap bergaya
36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah
37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta.
38. MESYUARAT KELUARGA TENTANG BELANJA
39. Kurangkan tengok drama orang kaya2
40. Didik nafsu

Siapa yang boleh kawal nafsu, ia boleh kawal dunia. Bersedialah untuk tahun 2015. 

Bersediakah anda? Tepuk dada tanya poket. Jika poket masih diam tak berbunyi (atau berbunyi duit syiling).. bolehlah mula ikut satu persatu senarai di atas.. jgn 
lupa 2015, tahun GST..

Ini untuk rujukan diri sendiri.

Air badak untuk anak demam

Hai.

Hari tu rissa demam. Suhu 38°C.Taklah serius tapi aku risau jugak.Aku pakaikan dia cool fever.Lekat di belakang badan rissa. Tengah hari tu,mil aku whatapps, dia kata badan rissa masih panas.

Aku cuak jugak. Yelah sekarang cuaca panas. Last-last aku dapat idea untuk beli air badak. Tahu tak air badak? Air badak ni sejenis air tradisional...dari aku kecik memang dah ada. Orang tua kata,air badak bagus untuk buang panas.

Aku google. Macam biasa. Pastu ada yang kata air badak memang elok. Ada yang kata air badak takde fungsi pun. Orang saja je menipu. Takde yang kata air badak ni menyebabkan kesan negatif,which is melegakan. Tapi disebabkan aku rasa air badak ni better dari air 100 plus (rissa tak reti minum 100 plus) so aku rasa why not?

Aku beli sebotol. Harga dia RM1.80..

Petangnya aku balik,aku tuang air badak ni dalam botol minuman rissa dan bagi dia minum. Mula-mula aku rasa dulu. Rasanya ewwww...macam payau sket. Tapi bila aku bagi rissa,rilek je budak tu minum. Pelik mama dengan awak ni cha...

Lepas lebih kurang 2 jam,suhu dia turun. Aku tak tahulah sebab air badak ke apa...atau mungkin sebab rissa minum air banyak kot. So kalau anak korang cam dedar ke...bolehlah try bagi dia air badak. Sebagai usaha..ok tu je tips arini...

*gambar kredit kepada google*

Tuesday, 17 March 2015

Family photoshoot yang menyakitkan hati

Hah,nampak tak dari tajuk je dah menunjukkan betapa marahnya?
Hari tu, aku ternampak ada satu pakej photoshoot di groupon. Pakej RM25, penggambaran selama sejam, free 1 editted photo dan 1 cd with an edited photo.
Aku pun beli.

Shoot 20 minit jer.
So pada hari yang ditetapkan, lepas buat appointment,kami sekeluarga pun pegi ke ALISE BRIDAL COUTURE. Shoot selama 20 minit sahaja, gambar ada dalam 20 keping sebab jurukamera cakap ok dah. Which is fine. Aku tak cakap apa sebab husband dan mil cakap dahlah tu. Dah tak tau nak ambik gambar camna lagi ni.

Ambil gambar.
Lepas 2 minggu, orang dari alise bridal couture pun call. Cakap gambar dah ready. Aku pun pegi. Drive selama 25 minit hokey…sesat barat aku. Sampai jer, perempuan tu cakap aku boleh pilih satu gambar untuk dicuci. Aku pun pilihlaaaa..pastu dia cakap nanti dia bagi aku cd dengan gambar tu. I was like apa???? Satu gambar jer!! Aku ingatkan aku akan dapat 1 gambar yang diedit dan softcopy lain-lain gambar.

Dia kata kalau nak gambar lain kena bayar RM20 sekeping. Total semua gambar RM380. Mahal gila. Aku cakap takpelah, aku pilih dua gambar jer sebab aku fikir mil aku mesti nak gambar dengan cucu dia. Pastu dia pujuk-pujuk aku ambil gambar lain. Aku cakap aku nak softcopy jer, tak payah edit pun takpelah.  Janji aku dapat gambar. Dia cakap ohhhh,I bagi u RM15. Grrrrr geram pulak aku. Padahal benda tu tinggal copy paste je. Berkira sangat pfftttt!

Last-last dipendekkan cerita, dia offer aku bayar RM130 untuk semua gambar tanpa diedit. Dan dia tak cuci pun gambar tu. Aku ni pulak masa tu tak bawa cash yang cukup untuk bayar. Masa nak pergi withdraw duit asb, orang bank kata staff yang buat asb tu tengah lunch break. Nak minta kat tony, aku tak nak dia tahu aku kena caj RM130 untuk ni. Huwaaaaaaaa…nasib baik yongnana sudi tolong aku. Dia tolong transferkan duit, nanti ku bayar ke yong. Muah ciked. Semoga murah rezeki yong….

Aku dah post dua gambar, so far kengkawan cakap ok. Nasib baik. Walaupun kena caj total RM150…

Eh lupa pulak. Pasal gambar tu kan, semua gambar rissa dalam tu adalah muka dia tak senyum langsung. Sebab masa tu dia ngantuk dan malu kat jurukamera. Sedih mama tau girl. Haih!

Itu jelah kisah photoshoot family aku yang haru biru. Pasni nak beli apa-apa kat groupon kena hati-hati.

Sunday, 15 March 2015

Menggadai emas di Ar Rahnu


Hai.

Bila kita google mengenai gadaian emas di ar rahnu, mesti akan keluar macam-macam benda yang pelik-pelik. Yang tak menjawab persoalan kita orang biasa ni. Okey, katakanlah dalam satu masa tu, kita tengah sesak, kita perlukan duit. Simpanan pulak dah habis. Apakah yang kita lakukan? Kalau aku, jujur aku cakap, aku pergi gadai emas. Sebabnya kalau aku pinjam duit orang, rasa tak sedap. Segan berhutang dengan saudara mara atau orang-orang yang kita kenal. Lagi elok kita berhutang dengan bank…tu pendapat akulah kan. Yelah,kita pinjam dengan orang, orang ni ada mulut, ada hati, ada perasaan. Sedikit sebanyak mesti dia nyampah dengan kau sebab asyik meminjam ajer kejanya. Wakakakaka….

Aku share ye bagaimanakah cara untuk membuat gadaian emas di ar rahnu?

Mulanya, kita kena bawa emas yang kita nak gadai tu ke mana-mana bank yang ada tertulis ar rahnu. Selalunya bank rakyat. Pejabat pos pun ada. Pilih yang mana suka ye. Jangan lupa bawa SALINAN KAD PENGENALAN. Sampai di bank, nanti kita akan diberi borang. Dalam borang tu ada ruangan untuk waris kita…..so fikir ye siapa waris anda..

Dah selesai isi borang, kita akan dibawa ke bilik khas. Di sana nanti, emas kita akan ditimbang beratnya berdasarkan ketumpatan serta diuji ketulenannya. Atas sebab menguji ketumpatan (emas dimasukkan ke dalam air dan ditimbang) ini, kadang-kadang design emas yang bercorak-corak agak sukar ditimbang. So mungkin jugak emas tu akan direject ye. Pastu emas yang ada batu permata/intan berlian pun tak lepas ye. Dia kena emas tulen yang berbentuk simple. Jongkong emas pun boleh jer. Oh lupa, emas putih takleh gadai ye. Harap maklum.

Kemudian, pekerja bank tu akan explain nilai emas kita, upah simpan dan sebagainya. Tandatangan borang, dapat duit….siap! 

Memandangkan aku baik hati arini, aku bagi kiraan exact macam mana pengiraan emas di ar rahnu bank rakyat ye.
Nilai emas = RM1797.62
Pinjaman = RM1250.00
Upah simpan bulanan = RM15.16

Upah simpan bulanan tu adalah standard ye (kalau tak silap aku). Pinjaman tu ialah duit yang kita akan dapat. Kalau pelik eh kenapa nilai emas RM1797.62 tapi bank bagi pinjam RM1250 jer?? Sebab memang tulah konsep gadaiannya…kita akan dapat secara puratanya 70% dari harga asal emas kita. Tapi katakanlah kita nak pinjam sikit jer contohnya RM300 tapi kita ni sebenarnya layak pinjam RM1250 seperti di atas...cakap jer kat orang bank tu. Boleh aje. Jangan pinjam melebihi jumlah dibenarkan,dahlah ye.

Apakah perbezaannya menggadai emas di ar rahnu berbanding di tempat lain?
  • -          Ianya gadaian secara islamik maka tiada interest dikenakan.
  • -          Upah simpan bulanan ar rahnu adalah sangat rendah.
  • -          Katalah kita tak mampu nak bayar hutang kita sekaligus, kita boleh bayar sikit-sikit. Ataupun kita tak mampu bayar tapi dah cukup tempoh iaitu setahun, takpe. Kita bayar upah simpan dia jer. Maknanya boleh extend lagi tempoh gadaian kita. Taklah emas tu terus kena lelong.

Oleh yang demikian, kalau ada rezeki lebih tu, belilah emas ye. Boleh guna time sesak. Kan?

Thursday, 12 March 2015

Anak-anak tak selamanya kecil

Aku terbaca quotes ni.
Terus hati rasa sedih.
Rasa nak peluk rissa....

” Anak-anak Tak Selamanya Kecil —> Bersabar.

Duhai ibu ayah…
Kami anak-anak tak selamanya merengek, kami tak selamanya berlari dan berbuat bising di dalam rumah, Kami tak selamanya berlebihan nakal. Dan kami tak selamanya memerlukan ibu ayah.

Duhai Ibu ayah….
Hari ini ibu ayah mahu genggamkan tangan, saat nanti kami akan lepaskan, dan menyapu pipi kami saat kami diciumi, mengelak saat mahu dipeluk. Menghindari saat mahu berceloteh. Suatu saat nanti kami akan mandi sendiri, makan sendiri, tidur sendiri dan punya kawan dan mentor sendiri.

Duhai ibu ayah….
Dan pastinya saat itu ibu ayah merindukan masa-masa susah kini. Rindu ingin menidurkan tidur kami, rindu ingin membacakan cerita, rindu mahu memeluk, bersembang, dan rindu mendengar celoteh kami”

Betapa perlunya sabar dalam mendidik anak-anak. Kita juga suatu ketika dahulu pernah merengek, menangis dan memberontak. Usah dibiar anak-anak tanpa pelukan dan ucapan sayang.

Ketika hayat masih ada. Bukan mereka…tetapi hayat kita yang semakin meningkat usia ini. Selagi kita masih punya nafas, ucapkan kata sayang pada anak-anak. Itu akan menjadi kata keramat yang akan diingati sepanjang hayat.

I miss you anak mama...

Sunday, 8 March 2015

Sarawak vs JDT

Hai.

Semalam aku dan suami berpeluang menyaksikan perlawanan bola sepak di antara pasukan sarawak dan jdt.
Keputusan perlawanan tersebut adalah 2-1,jdt menang.
Aku support sarawak,obviously.
Tapi takpelah,bola itu bulat.
Jangan macam asben aku,sampai arini tak puas hati.
Relaxlah bebeh!

Aku cerita pasal game tu ye.
Masa memula sampai tu,aku dan asben cari tempat duduk dulu.
Masa sampai tu,penyokong sarawak dah kecoh bersorak.
Perasaan aku? Errr..aku mengantuk.
Kakakaka.
Kemudian,team sarawak masuk.
Untuk beramah mesra dengan penonton kot.
Aku nampaklah beberapa orang pemain sarawak...aku kenal joseph kalang tie je.
Bagi aku,benda ni cam bestlah sebab dia cam appreciate peminat yang datang...

Jumlah penonton pada malam tu ialah 19,420 orang tau.

Kemudian,aku boring.
Sempatlah beli air dan cheesy wedges.
Sebelum perlawanan dimulakan,aku tengok orang spray air kat padang.
Asben cakap sebab nak lembutkan rumput.
Elak padang tu rosak.
Tunggu punya tunggu,akhirnya jam dah 8.45 malam.
Seperti biasa nyanyian lagu kebangsaan johor. Pastu muzik stop tapi penyokong sarawak nyanyi lagu ibu pertiwiku.
Rasa nak nangis sebab lama gila tak nyanyi lagu kebangsaan sarawak. 😂😂😂
Game start.
Aku tak tengok sangat game sebab aku duduk kat grand stand.....maknanya sebelah-sebelah aku penyokong jdt.
Takkan aku nak bersorak riang ria kan?
Tak pepasal kena halau. Hahaha.

Kami balik awal...dalam 5 minit sebelum perlawanan berakhir sebab tak nak sesak.
Aku tak nampak pun insiden kad merah di akhir perlawanan tu.
Dahlah sepanjang perlawanan bila orang teriak-teriak atau ada kad kuning bagai,aku asyik tanya asben,kenapa tu? Apa yang berlaku?
Almaklumlah aku ni bukan nampak sangat....rabun ayam katanya.
Asben tanya aku,pasni nak pegi tengok bola lagi tak?
Aku jawab, tak nak.
Errrrr...hahahaha..

Friday, 6 March 2015

Resepi ayam masak sweet and sour simple

Hai.

Ayam masak sweet and sour ialah one of my favourite food.
Sebelum ni,aku memang tak reti nak masak ayam sweet sour ni tapi yeah,aku belajar.
So di sini resepi ayam sweet and sour paling simple ever aku.

Bahan-bahan :
Dada ayam dua ketul dipotong kecil
Dua biji tomato
Sos thai
Bawang holland
Tepung jagung

Bahan untuk dikisar : sedikit cili kering,bawang merah,bawang putih

Cara memasak :

Mula-mula toskan ayam. Pastikan ayam tu kering. Kemudian,gaulkan ayam bersama garam secukup rasa. Nak letak kunyit pun boleh tapi iols tak suka serbuk kunyit so no serbuk kunyit please.

Next,gaul ayam bersama tepung jagung. Make sure tepung ni menyaluti keseluruhan isi ayam tadi. Goreng hingga kekuningan. Dah siap,asingkan ayam.

Di kuali yang sama, tumis bahan kisar dan bawang holland sehingga wangi. Masukkan sos thai. Masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Masukkan juga tomato. Perisakan.

Last sekali,masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul. Siap!

Kalau nak tambah nenas ke,lemon ke..boleh aje. Tapi ni kan resepi simple,maka simple lah ye. Janji sedap.

Thursday, 5 March 2015

Masalah berat badan

Aku dan berat badan memang mempunyai hubungan on and off.
Sebab berat aku naikkkkk jer,tak pernah turun.
Arini baca entri rara terus rasa huwaaaa sedih iols.
Sebab dulu berat kami sama tau.
Sekarang? Huwaaaaa...nanges lagi hentak kaki.
Asben aku memang dah lama ceramah kat aku,suruh aku diet dan bersenam.
Bersenam tu,aku ok lagi tau.
Tapi bila sampai part kena diet tu,alah malasnya aku.
Semalam kan,aku ada nampak sorang perempuan ni.
Badan dia agak besar jugakla.
Pastu bila asben tengok,dia kata kalau awak tak jaga badan,nanti lama-lama awak besar camtu.
Asben aku bukanlah tak nak aku gemuk.
Tapi faktor kesihatan kan.
Nanti overweight,macam-macam penyakit pulak.

Jadi cane ni?
Aku arini dah order shaklee dah.
Konon nak kurus ni.
Nak ikut rara diet tanpa nasi,macam nak pitam pulak.
Adehhh...
Kita tengoklah camna.
Aku ada gak follow ig seseorang ni. Mula aku follow dia tu,badan dia besar.
Tapi sekarang,slim jer..
Nak je aku whatapp dia minta tips...
Isk..

Berat aku sekarang?
Haihhhhhh....tak nak cite..
Dagu pun berlapis-lapis ni.
Kena rajin. Kena rajin.


Tuesday, 3 March 2015

Murtabak cheese kampung kurnia

Hai.

Murtabak cheese kampung kurnia di johor bahru ni famous tau.
Aku sukaaaa makan sebab sedap.
Meleleh cheese dia hoi.
Murtabak ni jadi famous lepas orang share video dia kat facebook.
Aku bagi gambar jelah.
Hahaha...
Saja nak update blog,nanti berabuk pulak.