Friday, 30 January 2015

Tips membeli tiket airasia

Hai.

Kawan-kawan aku selalu bertanya pada aku mengenai airasia. Malah kalau nak booking tiket ke apa,mesti suruh aku yang buatkan. Hari ni aku rajin sikit. Aku share beberapa tips sebelum dan selepas korang membeli tiket di airasia. Mas/malindo air aku tak tahu tau.

1. Beli tiket semasa offer.
Airasia selalu buat promosi. Grab tiket masa promosi tu. Tapi tips penting di sini ialah beli tiket masa hari ketiga/keempat offer. Jangan beli masa hari pertama/kedua atau terakhir. Sebab nanti line sangat slow. Tahu jelah orang malaysia ni,masa mula-mula dan masa last day,time tulah semua mengelabah nak beli.

2. Sebelum end record,semak berkali-kali.
Tips aku,tulis di kertas berasingan,highlightkan siap-siap nak naik flight pukul berapa,tarikh bila. Sebab line  tu dahlah slow,kita pulak tak habis fikir lagi nak pegi pukul berapa bla bla bla...pastu kita end record. Ehhhhh. Tetiba silap booking. Hah,burn duit uols.

3. Daftar id di website airasia.
Bila kita daftar (secara percuma je pun),semua transaksi kita ada di dalam sistem. So kita boleh semak booking anytime,nak add on luggage ke,add on makanan ke. Selain tu,kita boleh tengok record perjalanan kita yang lepas. Mudah kan?

4. Duit kita tak cukup? Tak pasti dengan booking tapi takut harga murah tu terlepas?
Kita daftar dulu airasia ni. Pastu buat payment seperti biasa. Di akhir transaksi pun click jer. Nanti dia akan bagi notification you have insufficient balance. Pastu kat booking kita akan tertera need payment. Booking ini akan dihold selama dua jam. Dua jam saja ok. Dalam dua jam tu,pandai-pandailah kau cari duit atau tanya orang untuk confirmkan booking.

5. Cara untuk update booking yang tertera need payment ni? (Rujuk nombor ☝ untuk tahu apa itu need payment)
Click manage my booking,pastu click lagi modify. Then dia akan ada tempat untuk make payment.

6. Masa buat booking airasia,tiba-tiba keluar status on hold selepas buat payment. Acaner?
Tips penting,bertenang. Jangan terus book tiket lain. Selalunya ini berlaku bila line slow atau ada problem dengan credit card kita tu. Bagi masa sejam lebih dulu,pastu tengok lagi booking kita. Masih on hold? Atau dia akan tertulis decline? Atau confirmed? Selalunya lepas 2 jam (booking yang on hold) ni akan cancel. Kalau decline,maknanya masalah dengan kad kredit uols. Nak update payment,sila guna cc lain atau guna internet banking.

7. Wajib ke membeli airasia travel insurance?
Pada aku,tak wajib. Tak payah membazir duit nak beli travel insurance ni. Kalau kemalangan berlaku(which ia sangat jarang), kerajaan/syarikat penerbangan akan bagi pampasan juga walaupun kau tak beli insurance ni. Mungkin jumlah tuntutan dia berbeza. Tapi kalau setakat perjalanan 40 minit,tak payahlah membazir.

8. Pastikan check in awal sebelum berlepas.
Kaunter akan tutup 30 minit sebelum penerbangan (untuk penerbangan domestik) dan sejam(kalau tak silap) untuk penerbangan antarabangsa. Sekarang kita boleh check in secara online,jadi gunakanlah servis tu. Tak payah penat beratur.

9. Kalau naik airasia,elakkan guna heels atau very short skirt.
Airasia ni dia tak macam mas. Dia guna tangga je. Tangga tu pun ala sempit gitu. So kalau korang pentingkan keselamatan diri,elakkan guna heels ok. Nanti jatuh,ngeri owww..

10. Siapa yang tak boleh naik flight airasia? Sebenarnya ini ada tertulis di terms and condition tapi orang takkan nak baca pun. Ok aku short listed kan.

- wanita mengandung atas 33 minggu (8 bulan dan ke atas.

- untuk wanita yang mengandung dari 28-32 minggu wajib ada surat doktor yang mengatakan anda boleh fly. Surat doktor ni mesti valid 7 days dari tarikh travel.

- untuk wanita mengandung di bawah 28 minggu,sila beritahu staff kaunter yang anda mengandung,nanti dia akan bagi kita isi borang.wajib beritahu. Nanti kalau tak,masa dalam flight orang perasan,time tu baru nak isi borang terkedek-kedek nanti flight delay tau!!! Jangan menyusahkan orang lain.

- sesiapa yang menghidap chicken pox atau something like that. Ini common sense la kan? Kalau kau tahu anak kau chicken pox,janganlah selfish sangat pegi bawa dia naik flight. Kesian kat orang lain kalau berjangkit.

- baby berusia di bawah 8 hari. Kalau nak bawa juga,boleh. Tapi kena ada doctor letter yang valid selama 7 hari dari tarikh travel. Kau kena faham tekanan udara dalam kapal terbang tu berbeza dari di daratan. Nanti apa-apa berlaku, kau mesti salahkan airasia padahal kau tak baca tnc.

- yang bawa durian. Please lah jangan bawa durian masuk cabin. Busuk sangat tahu.

11. Ni last tips. Masa buat payment secara online,gunakan internet banking. Sebab caj dia cuma RM4 per transaction. Kalau guna credit/debit card,dia akan caj mahal owww..tak silap aku RM16 kot per

Airasia ada offer sekarang. Grablah sebelum tamat tempoh promosi. 😘

Monday, 26 January 2015

Krim malam safi rania gold

Hai.

Aku dah sebulan lebih jugak juga krim malam safi rania ni.
Jadi ku nak share sedikit pengalaman aku menggunakan krim malam safi rania gold.
Masalah utama kulit aku ialah kulit aku tak licin.
Dia cam ada jerawat kecil-kecil tu.
Pastu kulit aku kering.
Bengang gak.
Lepas guna krim malam safi rania,syukur...kulit aku makin halus.
Taklah perfect tapi better la dari dulu.
Lega aku.
Harga krim ni pun murah.
Masalah krim malam safi rania ni ialah dia tak bersih.
Untuk ambil krim ni kita kena cedok jari kita dalam tu.
Jari kita ni banyak kuman tau.
Tips aku,gunakan cotton buds untuk cedok krim tu.
At least lebih bersih kan?

Krim malam safi rania gold ni wangi.
Sangat wangi.
Pasni nak try krim siang dia pulak.

Lagi satu yang aku gemar ialah bila aku guna krim safi rania ni,jerawat aku mesti kecut time pagi.
Fuhhh lega ok..
Muka pun tak berminyak bila pakai.

Sekarang sume benda dah mahal jadi aku guna skincare product yang biasa jer.
Takpelah,janji berkesan dan selamat ye tak?
Ok....itu jer. Bye.. 😘

Friday, 23 January 2015

Peminat setia zamani slam

Semalam,aku memang bengang sangat.
Pasal isu zamani slam tu lah.
Aku dapat tahu berita dia tu kelmarin.
Dan disebabkan aku memang peminat dia,aku senyap je tak komen langsung isu tu.
Sampai aku sanggup tak buka beautifulnara,oh bulan,rotikaya bagai sebab tak nak tengok pasal zamani.
Aku sedih tengok orang yang aku minat diburukkan.

Sekali tu,semalam time aku tengok fb,ehhh sekali ada orang share video.
Zamani dalam lokap,dipaksa menyanyi sambil digari.
Ya Tuhan!!!!
Why on earth orang buat gitu?
Sumpah aku cakap,aku sangat kecewa dengan polis yang merakam video tu tak kisah apa niat dia.
Mana integriti kita sebagai penjawat awam????
Like seriously memang bodoh dan kurang ajar sangat buat camtu.

Aku tak kata semua polis tau.
Aku kata polis yang rakam dan sebarkan benda tu.
Dah takde keje lain ke kat balai sampai ko boleh rakam video segala dan sebarkan?
Dalam orang tu tengah dalam keadaan yang tak proper pulak tu.
Cuba tu keluarga kau,dia buat salah...kau nak dia dilayan camtu?
Kau nak orang sebarkan video camtu??
Sangat mengaibkan tahu!

Yang aku lagi super bengang,siap ada blog hiburan yang famous tayang video tu.
Pastu alasan dia....walaupun bergari,suara zamani slam tetap ohsem.
Heh memanglah suara dia sedap walaupun dia bergari,berikat,duduk,berlari,berdiri or watsoever.
Dia zamani slam...suara dia memang sedap.
Whats wrong with u?
Cuba ambil gari,garikan siti nurhaliza,tetap juga sedap suara siti.
Bukan dia nyanyi pakai tangan pun tapi pakai mulut!

Orang asyik cakap zamani salah zamani salah..
Ya memang dia salah kerana memiliki dadah tapi dia membunuh,meragut,merogol,mencederakan sesiapa,memalukan sesiapa di khalayak ramai....dia tak buat apa salah pun kat korang.
Kenapa buat dia gitu?
Dia memiliki dadah...bukan mengedar.
Kenapa hukum dia dengan memalukan sebegitu rupa macam dia tu merogol baby??

Asyik kata patutlah dia kurus.
Suka hati dialah dia nak kurus ke gemuk!
Mengganggu ke?

Kata peminat setia dari kecik.
Bullshit.
Kalau kau minat,kau takkan tayang gambar dia yang buruk-buruk ok.
Kalau kau minat,kau rindu nak dengar dia nyanyi,buka youtube....berlambak lagu slam.
Berlambak lagu zamani.
Sangat banyak!
Tak perlu kau nak dengar lagu dia bergari tu.
Suara dia sama jer..aku 100%  yakin.

Aku harap yang buat benda ni dikenakan tindakan keras.
Bukan setakat ditukar tempat kerja je.
Bukan kerana ini zamani tapi kerana ini tindakan yang sangat tak beretika.
Sangat tak bertanggungjawab.
Sangat memalukan.
Sangat mengaibkan.

#silasaman

Friday, 16 January 2015

Tips kulit natural dalam 5 minit

Hai.

Ada beberapa kawan yang bertanya pada aku,tips mudah untuk kulit nampak cantik...
Selain dari basic penjagaan kulit,aku nak bagitau satu tips mudah kulit kita nampak cantik natural dalam masa 5 minit..

Tipsnya ialah gunakan bb cream.

Dari apa yang aku selalu perhatikan,aku perasan yang orang suka guna two way cake pastu sapu kat muka pakai span. Yup,memang akan nampak cantik tapi tak nampak natural.

Kita nak kulit yang nampak macam kulit asal kita,yang tak nampak berbedak. So itu tips hari ni. Invest in a good bb cream,pakai..

Cara mekap dia agak mudah. Lepas sapu bb cream di muka,sapu sikit bedak di kawasan muka kita yang berminyak. Sapu sikit jer..tak payah banyak. Kalau ada face brush,lagi best. Sapu bedak tu sikit jer di muka. Then siap!

Recommended bb cream ? Of course la peripera. Bb cream dia best. Sesuai untuk kulit asia.

Wednesday, 7 January 2015

#misisihatkanbadan

Hai

Sempena tahun baru ni,aku ingat nak rajin sikit bersenam.
Saja jer,nak sihat.
Kalau nak suruh aku diet,aku malas.
Baik aku bersenam. Hahaa.
Sebenarnya ada sorang rakan sekerja aku.
Dia ni memang kaki bersenam.
Dia ajak aku ikut sekali memandangkan tempat bersenam tu 10 minit je dari rumah aku.
Mulanya aku malas gilaaaa.
Tapi sebab kesian kat kawan aku ni,aku paksa diri pegi.
Hahahaha.
Pastu aku rasa eh macam best jer..
Apa senaman yang aku lakukan?
Alaaaaa..aerobik jer pun.
Jadilah,ye tak?

Kali pertama pergi aerobik, 15 minit pertama, aku nak pitam.
Kali kedua, 30 minit tu, aku dah mula rasa berpinar.
Tapi kali ketiga....aku lepas wei..
Aku berjaya aerobik 40 minit dengan jayanya.
Huwaaaaaa,kagum sangat dengan diri sendiri.

Nak tahu sape paling excited bila aku suka bersenam?
Asben aku laaaa.
Siap offer aku macam-macam.
Offer nak belikan aku kasut,baju,seluar sukan bla bla.
Aku pulak rasa benda tu sume membazir.
Bayangkan running shoes rata-rata harga dia 100 lebih tau.
Aku ni pulak kedekut.
Seluar bersenam tu pun mahal.
Sehelai je paling murah aku jumpa pun 45.
Aku cakap dengan asben...pakai track suit jelah.
Dia cakap track suit aku macam mak cik mak cik.
T_______T
Asben aku sanggup keliling satu jusco,masuk 4 kedai kasut,belek kasut satu-satu semata-mata nak cari kasut untuk aku.
Pastu bila aku kenan satu kasut je...jawapan dia..

Itu kasut bolalah.
Itu kasut orang main basketball.
Itu kasut futsal.

Isk. Manalah aku tahu kasut sukan ada macam-macam.
Ingatkan one fits all. Hehehe.
Last-last cakap kat asben,minta dia belikan stokin jer.
Masa beli stokin pun drama.
Aku cakap nak beli stokin cap kartun lat daiso sebab murah.
Asben cakap stokin tu tak sesuai,tak serap peluh bagai.

Wife : tapi kaki saya mana ada berpeluh?
Asben : nanti dia akan berpeluh.

Aku ikutkan jelah.
Pastu dia beria suruh aku pilih seluar.
Aku ambiklah sehelai sambil membebel dalam hati cakap benda ni membazir jer.

Dia siap warning aku.
Jangan bersenam sekerat jalan pulak.
Yelah yelah.
Kali ni aku buat betul-betul.
Promise.

Monday, 5 January 2015

Konsert Gegar Vaganza Musim Pertama

Hai.

Aku curi sedikit masa pagi ni nak update mengenai gegar vaganza.
Aku sebenarnya sangat teruja masa memula gegar vaganza ni,dari minggu pertama aku dah over excited.
Semalam final.
Peserta final ada 6 orang. Mamat exist,haleeda,rahmat mega,ayai ilusi,ifa raziah dan fazli zainal.
Peserta favourite aku ialah mamat exist.
Aku harap sangat dia menang.
Tapi sobssss..keputusan telah keluar.
Dan pemenangnya adalah ayai ilusi.
Tapi suara ayai memang sedap tak berubah pun.

Keputusan keseluruhan :

Juara - Ayai ilusi
Tempat kedua - Haleeda
Tempat ketiga - Mamat exist
Tempat keempat - Rahmat mega
Tempat kelima - Ifa raziah
Tempat keenam - Fazli zainal

Persembahan peserta malam tadi adalah ok. Aku rasa paling kelakar bila mamat dan fazli nyanyi lagu havoc. Dua-dua keras macam batu. Wakaka.

Pastu aku rasa the star of the night ialah kemunculan new boyz. Omg!!! Tomok nyanyi lagu meraung dan sejarah mungkin berulang. Rasa nostalgia sangat. Touching okey. Teringat zaman sekolah dulu. Haha. Muka jihan muse pun feeling jer dengar tomok nyanyi.

Another suprise ialah hairul azreen melamar hanis zalikha. Which is aku rasa sweet sangat. Ramai yang mengutuk tapi seriously,get a life la. Berbahagialah untuk orang lain. Susah ke? Geram aku. Ada yang kutuk kata muka hanis takde perasaan bila kena lamar. Ko dah kenapa? Kan tu surprise. Ada orang yang bila excited,dia melompat bintang. Ada yang terkejut gila. Ada yang blur je. Mungkin hanis zalikha blur. Tapi tak kisahlah dia rasa apa. Tak boleh eh tengok orang lain bahagia? Nak tengok orang sedih jer eh?

Aku rasa bila sekarang ni banyak benda sedih berlaku,it would be sweet kalau ada benda yang bahagia diselitkan. Betul tak?

Aku so far puas hati dengan konsert gegar vaganza ni. Happy,bahagia dan seronok laaa..cuma sedih sebab mamat tak menang. Sobsss!