Tuesday, 15 December 2015

Tips-tips mudah menyimpan duit



Hai.

Biasalah azam tahun baru mesti nak saving duit kan? Hehehe…jadi kat sini aku letak beberapa tips mudah untuk menyimpan duit. Pilihlah yang mana suka….aku ingat nak try tabung hijau tu. Sebab ritu aku buat,sebulan je dapat seratus lebih tapi aku stop lepas sebulan. Orang pemalas memang gitu. Haih!

Tabung biru,hijau,merah atau coklat
Setiap warna tu mewakili duit ye. Tabung biru (RM1),hijau (RM5),merah (RM10) atau coklat (RM20). Kalau nak simpan RM50 atau RM100 pun boleh jer. Caranya, tiapkali kita dapat duit tersebut, kita asingkan duit tu. Simpan dan jangan guna. Aku pernah try kaedah ini. Yang aku geram, sejak aku simpan duit RM5,aku asyik dapat duit RM5…hahaha..padahal hari biasa,tak pernah pulak dapat RM5. Iskkk!

Tabung 12 bulan
Biasanya memang ada jadual kita simpan duit secara mingguan. Yang cabaran 52 minggu. Tapi ni kita simpan secara bulanan. Bagi aku, cara ni senang sikit sebab lepas gaji je kita boleh asingkan siap-siap. Kalau kita ada akaun lain contohnya ASB ke,lagi bagus. 


Tabung untuk anak kecil (Save by number)
Tabung ini mengikut bulan. Contohnya bulan januari kita simpan RM12, februari RM11 dan seterusnya. Kalau nak ikut accordingly pun boleh. Januari RM1, Februari RM2 untuk setiap minggu..hingga ke hujung tahun kita boleh ada RM340. Best kan untuk anak-anak? Ini nak test buat untuk rissa. Nanti ujung tahun, boleh guna duit tu cover yuran sekolah..wakakak..

 
Simpan syiling
Ini lagi senang. Simpan je semua syiling yang kita dapat. Nanti hujung tahun, boleh simpan dalam bank.

Macam kawan aku kan…dia memang ada beberapa tabung setiap tahun. Tabung travel,tabung emergency,tabung simpanan tetap…hah, memang ada. Bila gitu, hidup pun rasa tersusun je. Bagi aku tak payah pun beria nak beli tabung mahal-mahal. Guna bekas potato chip ke,botol mineral ke,semua boleh. Janji dalam tu ada duit. Ye tak?

Jadi, jom kita jadikan ini azam tahun baru kita!