Thursday, 31 December 2015

Selamat tinggal 2015

Hai.

Hari ini hari terakhir 2015.Aku el arini sebab rissa masih belum sihat. Dah 3 hari dia muntah,cirit-birit,batuk dan demam. Kelmarin dan semalam pegi jumpa doktor. Doktor bagi ubat bontot tu. Hari ni,dia ok sikit walaupun masih lemah. Tapi arini,asben aku pulak cirit-birit dan muntah. Semalam mertua aku. Adoiii..takpelah,dugaan hujung tahun. Nak note down apa yang berlaku sepanjang 2015.

Aku diisytihar under ccris.
Aku loan kereta untuk orang lain pakai dan orang tu tak mampu nak bayar loan tu. So aku terpaksa surrender kereta tu kat bank. Kereta dilelong,aku patutnya settlekan baki bayaran dalam 11k tapi aku ngelat. Satu ari tu,aku pegi bank negara,sekali tengok aku dah under ccris. Mampus! Hahaha..aku berhutang 14k kat bank. Bulan-bulan kena bayar 200 sampai umur aku 36 tahun. Pffttt..

Wean off rissa.
Aku buat ni masa awal bulan februari. Masa tu rissa 2 tahun 4 bulan. Susu aku tinggal beberapa titik jer..sakit bila rissa hisap.Dia pun nyusu sebab nak ngempeng je so aku suruh dia stop. Nasiblah dia senang nak wean off.

Pregnant
Hah,yang ni aku tak sangka akan berlaku walaupun aku ada laki. Lol. Aku dah start tak piyed masa julai lepas. Bila check upt,negatif. Jadinya aku buat bodo jelah. Bulan 9 masih gak tak piyed. Aku check lagi. Positif! Kejut aku. Masa cek tu,baby dah 3 bulan tau. Hahaha...due date aku 7 april. Aku haraplah semuanya selamat.

Pregnant kali ni ok je. Aku rasa macam tak peknen pun ada. Sebab semuanya dipermudahkan untuk aku. Mabuk sikit-sikit tu je,pastu aku ok.

Settle hutang.
Asben tolong aku settlekan hutang ccris aku tu. Thank you syg..pastu dia langsaikan hutang kereta dia. Jadinya sekarang ni kereta yang kami guna tiap ari dah abis bayar. Lega satu part. Betul cakap orang,bila anak bertambah,rezeki pun bertambah.

Asben buat part time.
Ni betul-betul 2 kerja tau. Hahahha..macam yang ahmad maslan tu cakap. Sekarang dia ajar orang kat gym. Adalah sikit rezeki kami anak beranak. Cukuplah untuk kami survive lepas duit gaji abis.

Bisnes?
Aku dulu buat bisnes jual shawl. Dan sabun epyhra jugak. Tapi bisnes ni leceh sebab aku memang tak pandai sangat handle duit. So aku dah tak berniaga dah.

Tahun 2016,rissa akan start sekolah. Yuran dia boleh tahan jugak. Belum lagi kos minyak bagai. Jadi tahun depan kami kena berjimat banyak.Aku harap semua pun okey. Semoga aku selamat bersalin. Semoga aku berjaya bf baby. Semoga kami suami isteri sentiasa bahagia. Semoga semuanya okey...amin..