Saturday, 12 December 2015

Review : Minyak Berubat Herba Nona Roguy

Hai.





Ni dah terlebih rajin update,asyik mengupdate aje kejenya. Aku nak review pasal minyak berubat herba nona roguy ni. Aku beli sekali dengan set pantang nona roguy aritu. Harganya RM27 sebotol. Kawan aku cakap, memandangkan minyak herbanika tu mahal,sebagai alternatif,kita boleh guna minyak berubat herba sebab hasil dia lebih kurang. Tapi minyak herbanika lagi power laaa...aku pilih guna tu nanti masa pantang.

Apakah keistimewaan minyak berubat herba nona roguy?
Hah,tahu jelah aku ni ada migrain. Salah makan sikit,migrain. Masuk angin sikit,migrain. Masa pregnant pulak tak digalakkan makan painkiller ye. Boleh makan panadol kk yang takde kick langsung tu je. Tapi aku memang elak makan ubat masa peknen. Satu ari tu,aku migrain gile sebab makan ubi kayu,aku mesej kawan aku nak buat camna....dia kata sapu je minyak berubat herba di leher,tapak kaki,betis,bahu dan urut kepala guna minyak tu. Sikit jelah....

Hasilnya....migrain aku hilang dalam sejam ok. Berkesan oi. Terkejut aku. Jadi selepas kejadian tu,asal aku migrain je,aku sapu minyak berubat herba nona roguy. Lega aku tak payah hentak kepala kat dinding lagi.

Satu lagi masalah mengandung ialah sakit pinggang. Jadi,aku sapu minyak berubat herba di pinggang dan hasilnya sakit pinggang pun hilang. Hehe.. agak-agak sakit kontraksi boleh hilang tak dengan minyak ni ye?

Untuk anak pulak,aku kadang-kadang sapukan minyak ni pada perut rissa kalau dia sakit perut atau tak selesa waktu malam. Biasanya rissa guna yu yee tapi yu yee kekadang panas sangat. Minyak berubat herba ni just nice je suam-suam panas. Anak pun tido lena.

Jadi aku memang decide untuk adik baby,memang guna minyak berubat jelah jadi minyak telon dia. Tak payah mama nak pening ye..

Bau minyak berubat ni tak kuat pun. Bau dia macam bau herba,bau serai....tapi taklah teruk. Ok je. Rissa cakap smell nice. Dia pun tak terlalu berminyak seperti minyak gamat. Dia jenis meresap. Jadi tak payah risau kalau minyak ni melekat kat baju ke,kat cadar ke...takde pun.

Oh ya,aku dah start guna minyak berubat herba sewaktu berpantangkan rissa. Tapi masa tu,aku guna minyak ni untuk titik kat pad je. Memang segar je rasa titik minyak ni kat pad. Kawan aku cakap dia macam tarik darah nifas kita jadi takdelah darah nifas kita tu keluar sikit-sikit je.

Sekarang ni aku dah lebih banyak membaca,aku baca yang kita patut dab kan minyak berubat herba ni direct pada tempat luka jahitan tu. Supaya dia cepat sembuh. Ni aku nak testing nanti-nanti tengok camna..doakan semoga aku bersalin secara normal dan semuanya selamat ye.

Kalau korang belum beli minyak berubat herba ni,silalah beli. Tak rugi pun. Banyak sangat kegunaan dia. Sekarang aku memang bawa minyak ni ke mana-mana in case aku pening ke apa....hehee..