Friday, 11 December 2015

Planner 2016

Hai.

Aku bukan jenis yang teratur tapi aku perlu tulis everything sebab aku pelupa. Aku perlu listkan barang dapur,listkan bil yang aku dah bayar,listkan jadual kutu,listkan apa yang aku perlu buat....hah,gitu.

Kalau tak list,nanti aku lupa.

Jadi,sebagai wishlist aku untuk tahun 2016,aku decide untuk ada planner sendiri. Dengan harapan hidup lebih teratur lepas ni. Aritu,blogger shakina farhan ada jual softcopy planner islamik untuk 2016. Aku pm kina,tanya dia ada tak versi yang bukan islamik tapi kina kata dia tak dapat nak edit. Dia offer nak bagi aku editkkan sendiri tapi no thanks jelah kina. Haha...mak is pemalas.

Planner kina ni sangat best tau. Kalau korang berminat,pegi blog dia,order siap-siap.

Okeylah berbalik pada aku sendiri,since tak dapat nak order kat kina,aku rasa macam nak diy planner sendiri. So,apakah kriteria planner yang penting?

Saiz. Aku prefer yang kecil,supaya senang dibawa ke sana sini.

Hardcover. Senang supaya tak mudah rosak.

Ada ring. Aku prefer planner yang ada ring sebab senang nak buka berbanding yang macam notebook biasa tu.

Mengandungi pelbagai checklist. Ni wajib. Aku suka yang ada macam-macam checklist. Senang sikit hidup.

Ok baiklah,nanti kalau aku dah dapat planner yang aku suka,aku update ye. Oh ya,jangan lupa dapatkan majalah female untuk bulan disember sebab ada free planner. Aku tahu pun sebab kak mimy hamid cakap.....akak pinjam gambar ye..



Best kan? Siap dapat miniature chloe lagi tu..