Sunday, 20 December 2015

Debaran tahun 2016

Hai.

Kurang 2 minggu lagi,tahun 2015 akan berakhir. Kali ni,aku rasa nervous nak menjenguk tahun baru. Yelah,dengan kos sara hidup kita yang makin meningkat. Dengan rissa yang akan bersekolah. Dengan aku yang bakal bersalin next year (mudahan semuanya selamat). Dengan breastfeed journey aku.....haish!

Serius,aku takut. Berdebar nak jadi mak anak dua. Tahun depan,rissa akan start sekolah. Sepatutnya aku akan ambil dia balik dari sekolah tiap hari. Masalahnya jalan ke sekolah dia sesak. Aku pun tak dapat bayangkan macam mana ntah nanti. Untuk tahun depan,aku dah plan untuk pegi keja pukul 7.30 pagi,balik 4.30 petang. Plan aku,bangun pukul 6. Mandi bersiap bagai. Pastu 6.30 pagi kejutkan rissa,mandikan dia semua. Then pukul 7.10 pagi keluar rumah. Hantar dia ke sekolah..

Itu time anak sorang..kalau dah dua? Aku kena siapkan susu,makan,layan anak.....huwaaaa serius aku risau. Dahlah aku jenis tak boleh kalau benda di luar kawalan gini. Asben pulak keja shift. Jadi sesekali je dia dapat antar rissa.

Tahun depan aku plan nak bf baby sepenuhnya. Haraplah kali ni urusan bf aku dipermudahkan. Dulu dapat full bf rissa sampai dia 6 bulan jer,pastu aku campur fm.

Belum lagi cerita part harga barang yang mencanak-canak sekarang ni. Baju budak,susu pampers,barang dapur semua mahal okey..hmmmmmmm..nak jimat camna lagi pun aku tak tahu. 😔

Okeylah sekian je luahan perasaan aku petang ni. Hahaha...esok kalau rajin aku buat review produk.