Sunday, 15 November 2015

Pakej Astro yang lebih murah

Hai.

Aku memang melanggan astro. Dah bertahun-tahun dah. 
Sejak barang semakin mahal akhir-akhir ni,aku decide untuk downgrade pakej astro aku.
Yelah,ukur baju di badan sendiri kata orang.
Sebelum ini,aku ambil pakej Superpack 1, bulan-bulan kena bayar dalam RM160 la lebih kurang.
Mahal oit tu bagi aku. Dahlah tu, bukan kita tengok semua channel pun.
Asyik ulang rancangan yang sama pulak tu.
Pffttt astro ni bila nak berubah pun aku tak tahu.

Jadi tadi lepas makan,aku godek-godek kat website astro.
Cari pakej lain.
Yang murah sikit.
Kalau ikut aku,apa yang paling penting kena ada PVR dan channel 393, sebab aku nak tengok runningman.
Rissa pulak pentingkan kartun dia.
Asben suka sport.
Mak mertua aku layan 703 jer. Hehehe.

Akhirnyaaaaaaa...aku decide untuk ambil sport bundle.


 Hah,harganya jadi RM116.55 termasuk gst. Oklah murah RM40 kan. Ni tengah fikir nak cut bajet kat mana-mana ni...zaman berjimat kan...