Tuesday, 10 November 2015

Nona roguy menjadi pilihan

Hai.

Selepas bersalinkan rissa, aku tak berpantang betul-betul. Masa tu aku takde experience,pastu rissa kena kuning 2 hari jadi aku ikutkan aje semua kata nurse masa tu untuk tidak mengambil sebarang jamu,halia dan sebagainya. Masa tu,aku 100% ambil supplemen sahaja. Aku cerita ye apa yang aku buat masa berpantang dulu.

- mandi air sejuk 2 jam lepas aku bersalin.bayangkan?
- tak pakai stokin atau bengkung
- mandi terlalu lama.siap berconditioner bagai okey?hahaha.
- makan bubur tiap hari masa berpantang.benda tu kan berair...tak elok sebenarnya..

Lepas tu,aku ada follow fb kak ice. Kak ice ni bidan,dia ada blog sendiri jugak. Korang follow la dia. Banyak sangat ilmu aku dapat dari dia. Jadi lepas fikir-fikir,aku akhirnya decide untuk beli set berpantang nona roguy.

Dalam set ni memang dah ada uncang cuci,akar herbanika,minyak herbanika,lulur,krim barut dan phytonatal. Selain tu,aku ada add on barra gel,minyak berubat herba,bengkung dan buku berpantang. Total semua ni RM380. Oklah tu kan....untuk badan sendiri jugak..

Ada kengkawan yang tanya..larat ke nak try semua? Mudah-mudahan larat. Sebab aku dah rasa wei tak pantang betul-betul. Jadi kali ni..nekad. Mesti pantang!