Monday, 23 November 2015

Diracuni ketika mengandung

Hai.

Kalau tanya pada aku definisi kecantikan, aku akan katakan yang sederhana itu cantik. Sebab tu aku tak pernah rasa lisa surihani lagi cun dari nora danish sebab lisa jenis sederhana…nora jenis meletopss..gittew. Eh kenapa merepek pasal artis bagai ni? Hah, nak share jer. Sejak mengandung ni, penyakit malas bermekap aku datang lagi. Makanya hari-harilah orang kena ngadap muka aku yang pucat dan kusam ni. Aku memula tak berminat nak try barang-barang mekap ni tapi setelah diracuni kengkawan, terus aku tergoda dan terus tercuba dan terus terjatuh hati.

  
Comel kan botol dia?

Paraben free. Selamat untuk wanita mengandung

 So marilah kita mencuba Seqy Beauty Bb Cream. Buka je dari kotak, aku jatuh hati dengan botol dia yang unik tu. Selalu bb cream dijual dalam bentuk tube, ni main tekan-tekan jer, comel. Aku kurang gemar yang jenis tiub tu sebab bila kita picit, kita tak boleh kawal berapa banyak jumlah bb cream yang keluar. Dengan bb cream seqy beauty, kita boleh control amount bb cream yang kita perlukan. Macam aku, aku picit dua kali so jumlah bb cream yang keluar tu elok je untuk muka aku.


Masalah tona kulit aku ialah kulit aku ni kuning langsat. Semua bb cream yang aku pernah cuba pulak akan buat kulit aku nampak pinkish atau paling aku benci, buat muka nampak kelabu. Masa pertama kali dapat bb cream seqy beauty ni, expectation aku taklah tinggi sangat. Lagi-lagi barang buatan Malaysia kan? Nampak tak sikap buruk kat situ? Hahaha..
 
Ni muka pakai pelembab jer. Muka sebelum guna Seqy Beauty BB Cream.
Sekali bila dah try??? Wahhhhh…muka aku tak nampak kelabu atau pink. Nampak natural je. Dan kawan cakap muka tak nampak kusam sangat. Kat gambar-gambar ni,aku pakai bb cream seqy beauty semata-mata tau. Takde bedak/foundation bagai. Dan gambar ni tak edit pun. Berbekalkan cahaya lampu dan kamera asus sendu jer..  T_T

Nampak tak beza dia? Beza dia taklah terlalu besar sebab kita kan nak cantik natural. Kulit kita nampak naturally cantik, macam kulit semula jadi. Best kan?
 Tekstur bb cream seqy beauty ini sangat ringan, rasa tak pakai apa pun kat muka. Muka pun tak rasa berminyak dan paling pentingnya…..ada SPF 30++. Kan ohsem tu…kita wajib pakai produk yang ada perlindungan matahari untuk kesihatan kulit ye kawan-kawan? Kandungan dia pun selamat untuk wanita mengandung jadi jangan risau ye mak buyung sekalian. Bb cream seqy beauty ini memang sesuai untuk semua jenis kulit.

Hah, korang dah teruja tak? Jomlah ramai-ramai dapatkan seqy beauty bb cream ni.Dia pun ada set skincare jugak. Aku ingat nak try skincare dia pasni….kotlah kulit aku boleh cun melecun macam kulit sepet tu…hehehe..

Untuk dapatkan produk Seqy Beauty..korang boleh ke..

Seqy Beauty (untuk segala info berkenaan produk seqy beauty berserta testimoni)



Atau kalau nak order terus, boleh whatsapp ke 011-21076726.

 Jom kita beli produk Seqy Beauty ramai-ramai.