Thursday, 19 November 2015

Buat baik kepada orang tua



Hmm. Entri ni bukan sebab nak bermegah cakap aku ni insan terbaik whatsoever tau. Entri ni cuma nak remind kengkawan yang baca bahawa it’s a good thing untuk berbuat baik. Okey, marilah kita bercerita.
Aku ni sejenis anak yang sangatlah teruk. Kenapa aku cakap gitu? Sebab aku suka cakap kuat-kuat dengan mak sendiri, pastu kalau dia call, aku tak return call secepat mungkin, kalau dia sms, aku tak reply. Kalau mummy minta tolong, aku buat dek…buat tak dengar. Pastu asyik tak dengar cakap mummy, berkira dengan mummy…haih, banyaknya dosa dengan mummy. Satu lagi, I am not a huggy type. Kau ingat sepanjang 27 tahun aku hidup, aku pernah peluk mummy aku? Masa aku kecik, aku tak tahulah tapi as long as I can remember, aku tak pernah peluk mummy. Bukan aku tak sayang mummy tapi aku memang tak gemar peluk-peluk ni. 

Sehinggalah, Tuhan tunjuk kat aku. Aku tak berpeluang untuk balik kampung, tak berpeluang jumpa mummy untuk 2 tahun. 2 tahun ok! Kali terakhir aku makan masakan mummy ialah almost 3 tahun lepas. Kami ada jumpa 2 tahun lepas, tapi jumpa tak sampai 3 jam. Tu pun sebab kami duduk dalam kereta yang sama. Tapi hati aku ni keras. Masih jugak tak terbuka hati ni.

Semakin rissa besar, aku jadi semakin sedar. Macam mana nanti kalau rissa buat aku macam aku buat mummy? Macam mana kalau rissa jarang call aku tahap dua minggu sekali baru call? Macam mana kalau ……… hah, banyaklah dia punya macam mana tu. Then, baru aku insaf. Baru aku terasa at least aku ada ibu lagi, walau macam mana pun, dia tetap ibu aku. Yang melahirkan aku. Tiada manusia yang sempurna kan?

So, one day, empat bulan lepas, time dapat gaji, aku bank in sedikit gaji aku pada akaun mummy. Selama 7 tahun kerja, sekali pun aku tak pernah bagi duit tanpa mummy minta tau. Selalunya mummy kena minta, baru aku bagi. Haih jahatnya perangai. Dan bulan ni, bila aku dapat gaji, antara benda pertama yang aku lakukan ialah bank in duit pada mummy. Aku terbuka hati nak buat gitu. Aku redhakan sedikit duit yang aku bagi tu walaupun hakikatnya, aku ni bukanlah banyak sangat duit. Tapi takpelah kan? Bukan orang lain.

Pastu nak tahu apa yang ajaibnya? Tuhan murahkan rezeki aku. Aku dapat duit tiga kali ganda daripada jumlah yang aku bagi mummy. Ya, mungkin Tuhan bagi rezeki pada aku dari segi wang ringgit memandangkan aku ni memang buta selama ni. Tapi you got the point kan? Aku tak kata asal bagi duit kat mak bapak, kita pun akan dapat ganjaran berupa duit berganda-ganda. Rezeki ni boleh datang dalam macam-macam cara juga kan? Bila tubuh badan kita sihat, anak kita sihat, rezeki jugak tu kan?

Bila kita berbuat baik, lebih-lebih lagi pada ibu bapa kita, kita akan dapat ganjaran yang besar. Paling kurang pun, kita dapat menggembirakan mereka. Apa yang lebih bagus daripada itu? Aku ni pun sedang belajar jugak ni. Belajar nak buat baik dengan mummy sendiri. Belajar nak jadi mak yang baik kepada anak sendiri jugak. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan untuk aku.