Monday, 2 November 2015

Apa nak buat bila anak tetiba batuk tengah malam?

Hai.

Rissa tak pernah batuk. Jadi bila dua hari lepas,dia tiba-tiba batuk,aku cemas juga. Walaupun sebenarnya aku dan suami pun batuk. Haish! Berjangkit la tu.

Bila malam je,dia batuk tahap tak boleh tidur. Aku suruh dia mengiring,dia batuk. Suruh dia meniarap,eh batuk jugak. Nak dukung dia..aku tak larat pulak. Sian aku tengok. Menangis-nangis dia.

Lepas tu,aku dapat satu idea. Aku sapu minyak yu yee pada dada,belakang dan tapak kaki rissa. Akhirnya baru dia dapat tidur lena. Tapi efek tu tak lama. Dalam 2-3 jam dia batuk lagi. So aku kenalah sapu lagi. Nak buat camna..sayang anak kan..

Jadi,kalau anak korang susah nak bernafas malam-malam sebab batuk,bolehlah guna minyak yu yee ni. Berkesan sangat.