Tuesday, 27 October 2015

Tutorial menyimpan wang di ASB menggunakan Maybank2u

Hai.

Jarang aku nak taip entri gini. Hehe. Okeylah, selalunya kalau kita nak simpan duit kat asb, kita kena pergi bank atau pejabat pos kan? Sebab asb mana boleh transfer bagai ni. Aku pulak jenis suka simpan duit di asb sebab aku jenis malas nak pergi bank. Jadi kemungkinan untuk aku guna wang simpanan aku tu untuk shopping adalah kurang. Bahahaha... Hinggalah suatu hari, kak Mimy inform aku yang kita boleh transfer duit melalui maybank2u....mak is excited! Senang aku nak simpan duit. Lepas gaji je, simpan duit siap-siap.

Aku sertakan gambar siap-siap yer.

Langkah 1 :

Login ke maybank2u macam biasa. Haruslah kan..hehehe..

Langkah 2 :


Nanti page macam ini akan keluar. Click kat Investment.


Langkah 3 : Seterusnya click ASNB Unit Trust.


Langkah 4 :

Untuk yang belum daftar akaun asb, korang click kat button add tu. Masukkan nama dan nombor akaun asb. Nanti dia akan request TAC macam transaction yang lain tu. PASTIKAN NOMBOR AKAUN TU BETUL YE. Kalau dah settle, click di ASNB Payment. Nampak kan kat gambar tu?


Langkah 5 : Kita boleh masukkan beberapa akaun. Kot la nak masukkan akaun suami ke,mak ke,anak ke...semua pun boleh. So part ni, pilihlah akaun mana yang kita nak tu. Then click continue.


Langkah 6 : Ini terms and conditions. Tak payah baca pun takpe. Click je continue.


Langkah 7 : Masukkan amaun yang kita nak simpan. Tekan continue.


Langkah terakhir : Tekan confirm then siap!!

Satu je keburukan menyimpan wang di ASB ni iaitu update dia lambat. Lepas seminggu dua, barulah wang kita confirm masuk akaun asb. Tapi dia memang confirm masuk pun. Jangan risau yeeee...

Ok,tu je tutorial kita kali ni. Babai.....

p/s : maafkanlah butang seach aku pasal seqy beauty tu, mak nak cari skincare baru nokss..hahaha..