Friday, 2 October 2015

Tips mudah menjaga gigi anak

Hai.

Rissa sekarang dah hampir 3 tahun.
4 hari lagi genaplah 3 tahun anak dara mama tu.
Aku nak share mengenai tips menjaga gigi anak sebab masa aku check up pregnancy hari tu,doktor gigi tu kata kesedaran mengenai gigi ni sangat kurang dalam kalangan rakyat malaysia ni. Sepatutnya dari kecil dah kita menitikberatkan penjagaan gigi....

3 tips mudah menjaga gigi anak.

1. Mulakan dari dia lahir.
Rissa memang fully bf sehingga dia 6 bulan. So,lidah dia taklah ada benda yang putih-putih tu dengan teruk. Tetapi sebagai pencegahan,tiapkali memandikan rissa,aku akan bersihkan gusi dan lidah dia menggunakan napkin basah. Napkin tu aku basahkan guna air suam. Yelah,takkan air paip kottt..nak masuk mulut baby kan..

2. Beli berus gigi seawal yang mungkin.
Aku memperkenalkan rissa pada berus gigi sejak dia pandai pegang barang. Masa tu aku beli yang tommie tippie tu. Yang ada 3 berus untuk 3 peringkat tumbesaran. Bila dia dah besar (dah berusia 2 tahun) aku introduce ubat gigi pulak.

3. Jangan mengharapkan keajaiban.
Kau ingat rissa akan tersenyum suka tiapkali berus gigi??? Kirim salam. Dulu sampai bergaduh menangis meraung muntah pun sume ada...sebab dia tak nak berus gigi. Tapi aku paksa. Cakap kalau tak berus nanti gigi kotor ada monster. Kalau part gigi memang aku sangat tegas dengan rissa. Wajib berus gigi dan lidah tu. Wajib!!!!

Berus gigi rissa memang aku akan tukar sebulan sekali. Buat masa ini dia suka berus gigi pororo. Jadi dia dah ada berus gigi semua watak dalam pororo tu macam harry,krong,lupi,pororo,tobi...eh sapa ntah nama derang tu....

Ubat gigi pulak aku bagi rissa ubat gigi cosway untuk budak. Rissa tak nak ubat gigi lain. Nak ni je. Jadi mak pasrah walaupun satu tiub kecik RM5..

Sebagai parents,aku memang merasa tanggungjawab menjaga gigi anak terletak pada ibu bapa. Rajinlah belek gigi anak. Jangan bagi anak makan benda manis sangat. Jangan bagi anak tidur dengan botol susu dia mulut. Jangan bagi anak gigit benda yang terlalu keras kang pecah pulak gigi tu. Macam rissa ni dia suka gigit benda....contohnya rantai dia. Dia dah putuskan 4 rantai setakat ini. Haih! Nasib gigi tu elok lagi..

Oklah,bye. Jom jaga gigi anak kita!