Monday, 22 June 2015

Tips mudah potty training anak

Hai.

Aku update blog dari pc jer jadi maaplah yer takde gambar pulak. Nak cerita ni, start 14 Jun 2015, bermulalah episod rissa tak pakai pampers. Rissa sekarang dah 2 tahun 8 bulan. Dah overdue pun sebenarnya nak potty train dia tapi takpelah. Nak tahu camna ada kesedaran? Sebab masa aku tengah kat salon, kami laki bini berbual dengan pekerja salon tu. Dia cite anak dia muda dua bulan dari rissa tapi dah start tak pakai pampers sejak anak dia setahun lebih. Aku macam wowww!! Hebatnyaaa.. Jadi, asben pun cakap, rissa kena stop pakai pampers jugak ni. Tak nak kalah betul. T__T

Apa yang sangat mengejutkan aku ialah rissa free pampers pada waktu siang tanpa ada sebarang masalah. Seriously! Cuma time nak poopoo tu problem tapi berkat kesabaran nenek dia dan aku sendiri, kami berjaya!! Gittewww. So, aku share sikit tips mudah rissa bercerai pampers pada waktu siang ye. Waktu malam belum lagi. Hihihi..

1. Beritahu anak 50 kali sehari, kalau nak kencing atau poopoo, beritahu mama atau nenek yer. Manusia ni kan mudah lupa, jadi kita kena ingatkan setiap kali.

2. Puji anak bila dia berjaya. Kali pertama rissa berjaya kencing sendiri ialah time dengan aku. Good girl anak mama. Bila dia dah dapat jer, aku terus cakap, wahhhhhh!!! Rissa pandai. So good.. sambil tepuk tangan dan urut dada sendiri sebab terharu anak aku boleh kencing sendiri homaigad nak update status fb sekarang jugak. Hah, gitulah situasinya. Pastu kali kedua dia nak kencing, rissa cakap, Mama, say pandai. Aku macam huh? Say pandai apa pulak ni. Dia ulang lagi, say pandai. Then baru aku tahu dia maksudkan suruh aku cakap yang dia pandai sebab kencing sendiri. Adoiii anak mama.

3. Jangan guna potty tu tapi bawa anak ke toilet biasa. Ok sebelum tu nak cakap cara kita lain-lain tapi ini cara aku ye. Aku rasa sangatlah tak elok untuk kita ambik potty tu dan letak kat ruang tamu ke apa then suruh anak kencing dan berak padahal kita ada toilet. Didik anak, toilet tempat kencing/poopoo jadi wajib buat kat situ. Wajib!

4. Jangan buat bunyi pelik-pelik untuk bagi anak membuang. Ini seriously annoying! Nenek dia buat, aku senyap jerlah tapi bila turn aku, aku memang tak bagi bunyi apa-apa sebab aku tak nak dia terbiasa. Asal kencing je buat bunyi sshhhhhhh, asal berak jer buat bunyi oookkkk oookkkk..

5. Selalu tanya anak, dia nak kencing tak, nak berak tak? Jadikan tabiat untuk tanya anak dalam setiap 2 jam. Rissa ni kekadang dia nak tapi bila kita tanya, dia cakap No. So, kena pujuk untuk pegi toilet. Sama jugak kalau nak keluar atau tidur. Bagi anak kencing dulu.

6. Bersabar. Ye, ada masa anak kita akan terkucil. Tapi, tak payahlah marah dia. Dia pun bukan sengaja ye tak. Jadi sabar banyak-banyak. Pujuk dia elok-elok..