Friday, 19 June 2015

Nak kurus tapi #bajetketat?

Hai.

Sejak balik dari sarawak hari tu,berat aku naik dan aku semakin gemuk. Asben pun tegur cakap aku kena kurangkan sikit berat badan. Dahlah badan aku jenis pear shape,jadi bila berat naik,peha aku makan besar dan besar. Pffttt. Jadi camna nak diet?

Selalu masalah aku bila nak diet ialah aku ni bajet ketat tak cukup duit nak beli ubat diet mahal,pastu aku malas nak bersenam dan aku nak makan yang sedap ajerrr. Boleh je kalau nak suruh aku beli teh kurus tapi ewww tak sedap langsung ok.

Jadi,marilah kita berdiet cara aku. Murah jer tau. Apa yang aku amalkan ialah makan overnight oat setiap hari. Untuk breakfast dan lunch. Petang baru makan nasi tapi aku make sure makan sebelum pukul 8 malam. Bajet yang diperlukan untuk overnight oat ini ialah RM26 jer untuk 5 hari. Kira oklah tu kan. Jimat pun jimat. Sihat jugak tu.

Ini resepi ringkas overnight oat aku. Bahan yang diperlukan ialah rolled oat, susu low fat,yogurt low fat dan kurma. Yogurt tu boleh aje kalau korang nak yang berperisa tapi aku ambil yang plain sebab aku suka. *lupa nak ambil gambar yogurt pulak tapi aku beli yogurt yang dalam bekas kecik tu. Sebekas yogurt boleh digunakan untuk 2 botol overnight oat.

Mula-mula ambil jar/apa-apa bekas pun boleh. Pastu tuangkan 4 sudu besar oat. Kemudian,tuangkan susu. Pastikan susu tu menutupi oat.  Aku suka letak susu tu banyak sikit sebab nanti oat tu kembang jugak. Kemudian masukkan yogurt. Akhir sekali,carikkan kurma. Kalau nak, boleh guna kismis,buah-buahan atau kekacang. Terpulang pada uols. Pastu,simpan dalam peti sejuk. Esok pagi boleh makan.

Serius sedap dan mengenyangkan tau. Kalau nak guna untuk sahur,memang perfect pun ni. Selamat mencuba!

Pastikan minum air yang banyak tau. Selamat kurus!