Tuesday, 23 June 2015

3GB kuota internet untuk RM36 sahaja!!


Hai.

Aku adalah pengguna tegar celcom sejak first time aku memiliki handphone, masa tu aku form 2. Sehinggalah last 2 year, masa tu aku dan suami dah start gila main internet. Internet celcom masa tu memang mahal, dahlah mahal..selalu problem pulak tu. Memang kerap sangat takde line internet. So, kami decide nak tukar ke digi prepaid. Digi best, tak pernah ada problem dengan internet, call pun murah jer 15 sen seminit, internet laju….so far memang oklah.

Bila aku sampai kat Sarawak awal bulan ni, digi memang teruk giler. Takde line internet langsung!! Kalau ada pun, 1 bar je. Ko bayangkan betapa hangennya aku selama dua minggu dengan line digi yang bengong gila tu? Tapi takpe, memandangkan aku memang tinggal kat JB, aku relax jelah. #ayatsedapkanhati

Dah masuk zaman GST ni lagi aku geram. Bayangkan sekali topup, mesti ada GST. Reload RM10, kena caj RM0.60. Pastu aku pulak asyik topup memanjang. Sebelum ini, aku biasa ambil pakej Digi yang internet 3GB untuk RM48. Itu belum masuk call. So rata-rata dalam sebulan tu kos handphone aku dalam RM90 la kira kasar. Belum lagi masuk kes aku kelam kabut sebab habis kredit. Sebab tu aku survey postpaid digi!

Semalam aku pegi cawangan digi. Pekerja dia kata sekarang ada postpaid plan digi yang baru iaitu Digi SmartPlan. Mak is teruja sebab murah weii.. Dia ada beberapa plan. Tengoklah kau jenis yang selalu bergayut atau selalu main internet. Plan dia ada high voice atau high data. Pilih jer mana yang sesuai dengan kita.

Aku pilih plan yang SmartPlan50. Kenapa aku pilih SmartPlan50 High Data digi ini? Sebab internet dia ada 3GB (murah weiiii), free call 100 minit, free 100 sms, call 15 sen seminit, caj sms aku tak kisah sebab aku tak bersms pun..paling best ever ialah dia ada rebat tunai. So, bil aku cuma RM36 SAHAJA. Murah kan? Kat rumah aku pakai YES so tak kisah pun dengan data 3GB tu. Kalau masuk GST pun aku rasa harga dia less than RM40. Selain tu, digi smartplan ini tiada kontrak. Katalah kita tak serasi dengan plan ni, kita boleh jer tukar ke plan lain yang sesuai dengan kita.


SmartPlan78 dia pun ok jer sebenarnya aku tengok sebab ada 4G pastu 200 minit free call. Lepas rebate, harga dia RM66 jer..aku rasa macam nak tukar jer. Hehehehe! Takpe,takde kontrak pun kan..
Tapi jangan terpedaya tau..sebab rebat tunai ini hanya untuk 12 bulan pertama sahaja. Pekerja digit tu beritahu aku, lepas 12 bulan, datang semula kedai digi, nanti mesti ada plan lain. Ok, bye!