Sunday, 19 April 2015

Tia clarissa dan tantrumnya


Fuh, aku tak sangka yang satu hari, aku akan tulis pasal rissa dan tantrumnya. Sekarang ni rissa dua tahun enam bulan.Rissa, seperti yang semua boleh agak, perangainya lebih kurang aku. Dia lemah lembut, baik hati and all (bahahahaha,puji anak sendiri takpe kan?). Tapi lately ni, bila weekend jer, aku perasan satu benda. Rissa sangat meragam.
Semalam, aku nak bagi rissa dinner. Dah sedia siap-siap semua makanan, aku suruh dia duduk sebab aku nak suap. Jawapan dia, NO! Okey takpe, aku pujuk lagi. Makanlah sikit, mama bagi fish. Kita tengok sheriff callie. Dia jerit No pastu hentak-hentak kaki sambil silang lengan terus lari masuk bilik. Pastu nangis…

Setengah jam kemudian…………..

Aku ignore dia tapi dia ikut aku. Mama mama mama… Aku dah bebel cakap mama tak suka rissa macam ni. Kenapa tak makan? Rissa nya tarik aku masuk bilik sebab dia nak cium nenen. =.=

Setengah jam kemudian lepas drama tepuk-tepuk bontot dia, lepas aku pujuk-pujuk nyanyi bagai…..

Mama : Rissa want to eat?
Rissa : I want ice cream. (senyum gembira)
Mama : We eat rice and ice cream okey?
Rissa : Okey.

Hah, tu baru makan. Belum lagi part mandi. Pergh dia punya nangis macam aku pulak pukul dia. Kecik besar je aku pandang budak ni. Tapi apa yang aku perasan rissa camtu dengan aku jer. Dengan papa dia elok jer. Ok fine.

Bertabah jelah aku. Yelah, anak ni hanya pinjaman kan? Bila-bila je Tuhan boleh tarik balik nikmat tu..